BAGI mengelakkan diri daripada Covid-19, pelakon Ummi Nazeera mengambil inisiatif menjalani ujian saringan secara pandu lalu di sebuah hopsital swasta yang menawarkan perkhidmatan tersebut

Menerusi laman sosial Instagram peribadi, Ummi memuat naik video yang menunjukkan petugas perubatan melakukan prosedur saringan.

Hasil sample yang diambil pada bahagian tekak dan hidung menunjukkan beliau negatif daripada virus berkenaan.

ummi nazeera
PEGAWAI perubatan mengambil sampel tekak dan hidung pada Ummi ketika menjalani ujian saringan Covid-19 secara pandu laju di sebuah hospital swasta. Foto: Instagram @umminazeera

“Syukur alhamdullilah….Keputusannya negatif. Kepada anda yang pernah ke luar negara baru-baru ini saya saran lakukan ujian saringan Covid-19.

“Biarpun KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) minta kuarantin sahaja, namun jika ada duit nak travel, apa salahnya keluar duit menjalani confirmation test. Memang berbaloi walaupun pedih sedikit,” katanya hari ini.

Tambah pelakon drama bersiri Nur Kasih tersebut, ujian saringan berkenaan tidak mengambil masa lama dianggarkan 10 minit selesai.

Iklan

Dalam pada itu, Ummi yang difahamkan baru pulang bercuti bersama keluarga sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di negara ini turut menasihat orang ramai.

Iklan

“Kepada traveller yang tak nak buat (ujian saringan), saya mohon kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Pada masa sama, bersikap jujur apabila berjumpa dengan staf kesihatan,” jelas beliau.