Usaha murni Neelofa untuk masyarakat

BAGI memastikan dapat mendekati masyarakat secara total, usahawan dan selebriti popular, Neelofa menubuhkan Pertubuhan Kasih Neelofa.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, idea untuk mewujudkan pertubuhan itu telah tercetus beberapa tahun lalu.

“Sejujurnya saya telah lama berhajat untuk membangunkan sebuah pertubuhan demi membantu golongan yang memerlukan.

“Namun, saya tidak mahu ia berjalan tanpa melibatkan saya secara keseluruhan. Saya mahu memberi fokus seratus peratus dan benar-benar mendalami masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

“Sebagai contoh, jika saya terlihat seseorang yang memerlukan bantuan di Twitter, saya akan cuba mendekati individu tersebut dan terus berhubung dengannya. Saya mahukan pendekatan seperti itu,” jelasnya.

Iklan
Iklan

Dibangunkan untuk membantu masyarakat dengan pemberian sumbangan secara konsisten serta menyeluruh, Pertubuhan Kasih Neelofa merangkumi tiga teras utama.

Ujar figura berusia 31 tahun itu, tiga teras tersebut adalah Keagamaan, Kemasyarakatan dan Bantuan Untuk Golongan Kurang Bernasib Baik.

“Menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa ini, tidak ada sesiapa pun yang ketinggalan. Kami cuba untuk membantu semua,” katanya.

Bukan itu sahaja, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu turut menubuhkan Syarikat Kasih Neelofa Resources iaitu sebuah entiti yang berfungsi untuk menjana pendapatan untuk menggerakkan Pertubuhan Kasih Neelofa.

“Kasih Neelofa Resources merupakan sebuah platform yang boleh dijadikan sebagai medium untuk menjual pelbagai item untuk pengguna dan keuntungan daripada hasil semua jualan akan disalurkan sepenuhnya ke dalam tabung pertubuhan.

“Selain itu, inisiatif ini juga dapat memberi galakan kepada mereka di luar sana yang berkemampuan untuk sama-sama  menyumbang dan membantu golongan yang memerlukan,” ujarnya.

Diterajui bersama ibu, ibu saudara dan Ustaz Azam, Pertubuhan Kasih Neelofa merupakan pertubuhan peringkat kebangsaan.

Impian Neelofa untuk menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan akhirnya menjadi kenyataan.

Qurban Kasih Neelofa

Sempena dengan kedatangan Hari Raya Aidiladha nanti, Qurban Kasih Neelofa adalah aktiviti pertama yang akan dilancarkan di bawah Pertubuhan Kasih Neelofa.

Program ini memberi peluang kepada individu yang ingin melaksanakan ibadah korban dengan mudah di samping memberi ilmu pengetahuan kepada ramai orang yang mungkin tidak tahu tentang proses untuk melaksanakan ibadah korban secara berhemah dan betul.

“Menerusi program Qurban Kasih Neelofa ini, kami berharap agar dapat memudahkan proses golongan yang ingin melaksanakan ibadah korban.

“Banyak aktiviti lain yang dirangka oleh pihak Pertubuhan Kasih Neelofa. Tetapi, kami akan umumkan satu persatu pada masa akan datang,” jelasnya.

Neelofa berharap agar inisiatifnya untuk membantu golongan yang memerlukan menerusi penubuhan Pertubuhan Kasih Neelofa dapat diterima baik dalam kalangan orang ramai.

“Bukan mudah untuk menguruskan pertubuhan, lebih-lebih lagi yang melibatkan wang kebajikan dan derma daripada orang ramai. Ia merupakan satu amanah yang sangat besar.

“Saya berharap agar orang awam memberikan kepercayaan kepada saya dan sama-sama menjadikan Pertubuhan Kasih Neelofa ini sebagai platform untuk semua,” akhirinya.

 

Share
Aqmar Mustaza

 

Recent Posts

Kanser ovari ‘pembunuh senyap’ wanita! Kenali gejala awal, rawatan komprehensif dan sokongan psikososial

KANSER ovari merupakan sejenis kanser yang bermula dalam ovari atau kilang telur wanita dan sering…

1 hour ago

Hujan lebat di Kuala Lumpur, pokok besar tumbang ragut satu nyawa, seorang cedera. 5 info perlu tahu

TIADA ribut, hanya hujan yang turun namun sebatang pokok bersaiz besar berdekatan Jalan Sultan Ismail,…

2 hours ago

Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah kini hamil cahaya mata ketujuh

PELAKON Ayu Raudhah mendedahkan beliau kini sedang hamil anak ketujuh. Perkara itu dikongsikan oleh kakaknya,…

4 hours ago

‘Apa salah saya?’ Melecur tahap 4, pergerakan & percakapan terhad, lengan kiri tidak boleh rasa, keadaan terkini Faisal Halim undang sebak

[DIKEMAS KINI] PEMAIN sayap Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim yang disimbah asid oleh orang…

6 hours ago

‘Anugerah impian setiap pelakon tapi kualiti lakonan, beri terbaik kepada penonton fokus utama saya.’ – Mimi Lana

  ANUGERAH membawa kepada pencapaian dan pengiktirafan untuk kerja keras yang dilakukan oleh setiap insan…

6 hours ago

‘Copy paste maknya, muka kak Engku masa muda.’ Wajah anak perempuan seiras Raja Azura jadi perhatian ramai

SEBUT sahaja nama Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku, pasti ramai terbayang karakternya yang…

9 hours ago