PELAKON berbakat besar, Noorkhiriah Ahmad Shapie dan suaminya, Azfaizul Ahtan berhasrat untuk mengubah suai MPV miliknya, Hyundai Starex kepada van jenazah.

Menerusi perkongsian yang dibuat menerusi akaun Instagram miliknya, bintang utama drama Nur dan Nur 2 itu meminta peminat mendoakan agar impian tersebut menjadi kenyataan.

“Mohon doakan saya dipermudahkan rezeki untuk mengubah suai Starex (Hyundai) dan dijadikan van jenazah untuk kegunaan yang memerlukan.

“Andai ada permintaan sebab saya tak pernah buat lagi. Jangan salah faham dengan perkongsian ini ya.

“Saya mohon doa kalian, mana tahu ada yang sangkut (dimakbulkan), boleh dijdikan kenyataan.

“Saya tak minta sumbangan, cuma doa. Doa dipermudahkan,” tulisnya.

NOORKHIRIAH
Usaha murni Noorkhiriah mendapat pujian ramai.

Bagaimanapun Noorkhiriah telah memadamkan posting berkenaan beberapa jam selepas dimuat naik bagi mengelakkan salah faham dan terpesong niat.

“Saya padam sebab takut niat jadi lain. Nanti bila hajat saya dah siap, saya akan kongsikan di sini untuk kegunaan bersama.

Iklan

“Apa pun terima kasih banyak-banyak atas doa kalian. Saya ini manusia biasa, kadangkala terbuai dengan pujian.

“Tak mahulah begitu, cantik di mata manusia belum tentu cantik di mata ALLAH SWT.

“Saya ini dosa pun banyak, padang buruk saya juga. Baru seimbang,” jelasnya.

Iklan