SELANGOR merupakan sebuah negeri yang terletak di tengah Semenanjung Malaysia dan mengelilingi kota metropolitan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Betapa strategiknya lokasi negeri ini sekali gus menjadikan ia kaya dengan pelbagai pusat pelancongan yang menarik untuk dilawati.

Terdiri daripada beberapa buah daerah yang berbeza, setiap daerah yang terdapat di negeri itu menawarkan sesuatu yang istimewa untuk dingati sesiapa sahaja yang menjadikannya destinasi pelancongan.

Terbaharu, muncul pula dua tarikan unik di Taman Tasik Shah Alam iaitu Zip Line Shah Alam dan Laman Budaya Musical Fountain.

Menurut Media Selangor, DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah berkenan mencemar duli merasmikan Zip Line Shah Alam, malam tadi.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari juga turut melakukan aktiviti ‘flying fox’ di laluan Zip Line Shah Alam itu yang dibina sepanjang 240 meter merentasi tasik.

Selain itu, turut dipertontonkan air pancut berirama di Laman Budaya Musical Fountain.

Air pancut berirama ini akan mula beroperasi 2 April ini pada waktu malam setiap hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan malam cuti umum.

Baca juga ‘Musim Sakura’ di Gombak bagai di Jepun, Korea Selatan

[Video]Manfaatkan cuti sekolah, ini tarikan terbaharu di Shah Alam

Selain itu, ini antara tempat menarik lain di Selangor;

1. Tadom Hill Resort Banting

2. Taman Alam Kuala Selangor

3. Pantai Tanjung Rhu

4. Kelip-Kelip Kampung Kuantan

Iklan

5. Ladang Teh Boh Bukit Cheeding

6. Red Carpet Wax Museum (Red Carpet 1 & Red Carpet 2)

7. Air Terjun Serendah

8. Zoo Negara

Iklan

9. Farm In The City

10. Skytrex Shah Alam dan banyak lagi

Justeru warga Selangor, jom ramai-ramai memeriahkannya dan jangan lupa amalkan SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19.