LANGKAWI menjadi trending di beberapa laman sosial akhir-akhir ini

Pulau legenda di negeri Kedah itu menjadi tumpuan susulan terpilih sebagai sebagai lokasi G oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Kementerian Kesihatan menetapkan ujian pengesanan Covid-19 sebagai sebahagian prosedur operasi standard (SOP) untuk mengunjungi pulau legenda itu.

Baca juga 5 Persiapan Awal Sebelum Lakukan Ujian Kendiri Guna Air Liur. Barulah Kualiti Sampel Terjamin

Kerajaan memutuskan untuk mewajibkan setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi bermula 16 September 2021 menjalani ujian pengesanan Covid-19 sebelum memulakan perjalanan melalui cara-cara berikut:

1. Menjalani ujian pengesanan Covid-19 ( Rt-PCR atau RTK-AG) dimana-mana fasiliti kesihatan dan makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas. Keputusan ujian hendaklah dibawa bersama untuk pemeriksaan di pintu masuk (airport atau terminal feri) sebelum berlepas; atau

2.Pelancong boleh membeli kit ujian kendiri saliva dan membawanya ke lapangan terbang atau terminal feri untuk menjalani ujian pengesanan Covid- 19 di tempat saringan yang disediakan; atau

3.Pelancong boleh membeli kit ujian kendiri saliva melalui perkhidmatan yang akan disediakan oleh pihak swasta di tempat saringan di lapangan terbang atau terminal feri dan menjalani ujian pengesanan di situ.

Dalam pada itu KKM telah membuat persiapan di lapangan terbang KLIA, KLIA2 dan Lapangan terbang Subang untuk pelancong ke langkawi.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah berkongsi makluman mewajibkan ujian pengesanan tersebut di laman sosial Twitter pada Rabu.

Dalam kenyataannya, beliau turut menyatakan ujian pengesanan tersebut perlu dilakukan kepada individu dewasa (18 tahun ke atas) serta remaja dan kanak-kanak berusia tujuh hingga 17 tahun.

Bagi kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah, hanya saringan gejala akan dilakukan mengambil kira keupayaan mereka mengeluarkan saliva atau air liur.

Kumpulan kanak-kanak mestilah bersama-sama ibu bapa atau penjaga yang sudah lengkap vaksinasi, bukan kes positif atau kontak rapat kepada kes positif dan hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan.

Iklan

“Ujian pengesanan Covid-19 dijalankan di lapangan terbang dan terminal feri terlibat akan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan bertugas.

“Bagi yang didapati negatif Covid-19, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan manakala individu yang didapati positif tidak dibenarkan meneruskan perjalanan dan diuruskan sebagaimana SOP pengurusan kes positif Covid-19 dan kontak rapat sedia ada,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, lima kes positif Covid-19 dikesan melalui saringan ujian RTK-Ag terhadap 2,528 individu yang mahu ke Pulau Langkawi pada Khamis di empat pintu masuk lapangan terbang dan terminal feri di Kuala Perlis.

Iklan

Kesemua lima kes yang telah dikesan merupakan kategori satu iaitu tidak bergejala.

Difahamkan, Kes-kes ini telah diberikan perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) untuk diisolasi bagi tempoh 10 hari.

Justeru, bagi korang yang merancang untuk ke Langkawi dalam masa tedekat perlu membuat ujian pengesanan Covid-19 terlebih dahulu.

Semoga kita semua selamat dan sentiasa patuh kepada SOP semasa bercuti. Kita jaga kita.

Sumber: DGHisham, khairykj, Kementerian Kesihatan Malaysia