MAKAN buah-buahan segar dan sayuran-sayuran adalah penting dalam menjalani diet yang sihat. Ia mempunyai sumber vitamin, mineral, serat dan antioksidan penting untuk tubuh badan yang sihat.

Sayur-sayuran dipercayai boleh dimakan pada bila-bila masa, manakala buah-buahan pula perlu diambil pada masa-masa tertentu, memandangkan jumlah lebihan gula yang terdapat di dalamnya.

Buah-buahan adalah superfoods yang merupakan sumber nutrien yang penting, walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengetahui bilakah waktu terbaik mengambilnya.

1. Makan buah 20-30 minit sebelum makan berat

Anda sememangnya boleh makan buah selepas makan makanan berat, tetapi anda harus tunggu 3 jam kemudian. Makan buah sebelum makan makanan berat adalah lebih baik kerana dapat membantu mengurangkan berat badan dan membuat anda rasa lebih kenyang.

2. Makan buah sebelum sarapan

Tubuh kita telah rehat dan tidak mendapat pengisian makanan selama 8 jam apabila kita tidur maka adalah lebih baik sekiranya kita menjamu sarapan pagi dengan buah terlebih dahulu kerana buah-buahan mampu meningkatkan kadar gula dalam darah dan penyerapan nutrisi yang lebih berkesan kepada tubuh.

3. Jangan amalkan buah-buahan sebagai pencuci mulut

Iklan

Makan buah selepas makan makanan berat akan membuatkan berat badan naik dan mengganggu sistem penghadaman kita kerana tidak dapat dicerna dengan betul. Makan buah sebelum makan berat akan meningkatkan pengambilan serat kerana kebanyakan buah mengandungi serat dalam tubuh badan kita.

4. Elak makan buah pada waktu malam

Elakkan makan buah-buahan pada waktu malam dekat dengan waktu tidur kerana gula yang ada dalam buah-buahan membawa kepada peningkatan tenaga sehingga menyebabkan anda berjaga dan terjaga. Pastikan anda makan buah sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam sebelum tidur.

Buah-buahan adalah makanan yang sihat, tetapi adalah baik untuk mengambilnya pada masa yang betul. Semoga bermanfaat!

Iklan

Sumber: Merdeka.com/Unsplash

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif