ESCAPE Challenge adalah sebuah taman rekreasi tertutup yang membawa jenama permainan luaran dan keseronokan retro-eko ESCAPE ke persekitaran bandar.
Aktiviti itu akan memberikan penduduk bandar melepaskan diri daripada kesibukan dan menikmati gaya hidup santai dan aktiviti riadah tertutup serta pengasingan dari luar.
Pada masa sama, ESCAPE Challenge mewujudkan suasana yang sempurna atau bermakna yang mana keluarga dan rakan-rakan dapat berkumpul bersama beriadah dengan permainan interaktif yang seronok dan sihat di kawasan bandar.
Pengembaraan dan tarikan taman reaksi tertutup itu berinspirasikan daripada keseronokan dan permainan aktiviti generasi terdahulu yang kita nikmati dengan suasana semula jadi yang jauh dari bandar.
Taman tema tersebut dicipta bersesuaian dengan semua peringkat umur, kemampuan fizikal dan tahap keyakinan, menunjukkan bahawa tidak kira tua atau muda, usia bukan penghalang untuk anda berseronok.
Pengasas dan Ketua Pegawainya, Sim Choo Kheng, berkata, ESCAPE Challenge, Petaling Jaya adalah pameran kami untuk jenama keseronokan retro-eko dan permainan terbuka ESCAPE dalam suasana kontemporari.
Artikel berkiatan: 5 taman tema dah dibuka, apa lagi jom la bawa famili
“Ia melambangkan kerjasama antara ESCAPE dan rakan kongsi pusat membeli-belah serta pemaju untuk membawa permainan luar ke kawasan tertutup, dan menandakan kemasukan ESCAPE ke pusat bandar.
“Menjadi strategi kami untuk mengembangkan jenama ESCAPE ke bandar-bandar lain di seluruh dunia. ESCAPE Challenge mentakrifkan semula konsep Pusat Hiburan Keluarga (FEC) berdasarkan etos ESCAPE yang meneroka kembali keseronokan permainan kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.
Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls Management, Selena Chua, berkata, mereka amat berbesar hati memperkenalkan Escape Challenge Park, sebuah pusat rekreasi bertaraf dunia semi terbuka seluas 3.77 hektar yang memberikan pengalaman pertama seumpamanya kepada semua pengunjung.
“Kelahiran ESCAPE Challenge Park mengukuhkan lagi Paradigm Mall PJ sebagai pusat komuniti keluarga yang sihat dan memenuhi keperluan serta kehendak masyarakat bukan hanya melalui aktiviti membeli-belah dan makan tetapi juga melalui pengalaman membeli-belah yang bermakna.
“Pada zaman digital hari ini, kanak-kanak dan orang dewasa menghabiskan lebih banyak masa dengan peranti elektronik daripada bergiat aktif di luar rumah. Dengan menawarkan taman rekreasi dengan pengalaman yang mencabar dan menarik kepada pengunjung, kami berharap agar semua orang dapat menikmati masa berkualiti bersama-sama,” ujarnya.
Ketua Pemasaran Klook Malaysia, Emily Tan berkongsi, lokasi itu sebagai platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan terkemuka di dunia, Klook berdedikasi untuk memberi peluang kepada pelancong untuk menempah dan mencari pengalaman terbaik yang seterusnya dengan mudah.
Fakta Pantas:
• Saiz: 3500m2
• Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad dari 10 pagi hingga 10 malam
• Lokasi: Paradigm Mall, Petaling Jaya
• Laman web: www.escape.my/pj
• Alamat e-mel: info@escape.my
• Bilangan tarikan: 11
Harga tiket:
Tiket untuk 1 hari:
- Future Kid (0 – 3 tahun): Percuma
- Junior Kid (4 – 12 tahun): RM45.50 – RM65
- Big Kid (13 – 60 tahun): RM68.60 – RM98
- Super Kid (61 – 100+ tahun): RM67.90 – RM97 (percuma untuk Super Kids Malaysia semasa menunjukkan Kad Pengenalan mereka di kaunter tiket apabila ditemani oleh penjaga yang membuat bayaran).
Tiket untuk 2 hari:
- Future Kid (0 – 3 tahun): Percuma
- Junior Kid (4 – 12 tahun): RM67.90 – RM97
- Big Kid (13 – 60 tahun): RM102.90 – RM147
- Super Kid (61 – 100+ tahun ): RM67.90 – RM97 (percuma untuk Super Kids Malaysia semasa menunjukkan Kad Pengenalan mereka di kaunter tiket apabila ditemani oleh penjaga yang membuat bayaran).
Tarikan di ESCAPE Challenge:
1. Monkey Business – tarikan terbesar di taman tema itu, dengan 56 rintangan di tiga peringkat yang berbeza untuk para pengunjung mendaki dan lintasi, termasuk kursus tali, tali zip dan ayunan Tarzan.
2. Gecko Tower – tembok bangunan setinggi 10 meter (m) untuk para pengunjung mendaki.
3. Aerobat – trapeze terbang kami di mana para pengunjung boleh mengatasi ketakutan mereka dengan terbang, berayun dan belajar menangkap.
4. Banana Flip – gelongsor sepanjang 14m dalam posisi hampir menegak ke bawah slaid air yang melengkung ke atas pada hujungnya, memberikan anda perasaan teruja terapung di udara dan mendarat di atas beg udara.
5. Atan’s Leap – platform setinggi 20m yang membolehkan para pengunjung melompat bebas ke udara.
6. Monkey School – versi mini Monkey Business untuk kanak-kanak berumur sehingga 3 tahun (Future Kids) dan 4 hingga 12 tahun (Junior Kids) di bawah ketinggian 120cm.
7. Coco Climb – bagaikan memanjat pokok kelapa setinggi 8m!
8. Zoom Bug – trek di mana kanak-kanak (dan orang dewasa) menunggang dan berlumba dengan kereta yang dikawal oleh mereka sendiri.
9. Airbag – platform setinggi 2m dan 4m untuk para pengunjung melompat dari, mendarat ke beg udara.
10. Slingshot – bungee terbalik di mana pengunjung diikat pada tali elastik yang diketatkan sebelum melambung ke udara.
11. Jumping Jack – trampolin untuk pengunjung mencuba pelbagai jenis lompatan dan trik baharu.