Yana Samsudin tambil beri maklum balas isu Zul Yahya seru tinggalkan industri hiburan

May 14, 2020
Faizul Hakimi

TULAR malahan menjadi tamparan cukup hebat pihak-pihak yang berkenaan apabila pelakon yang pernah menghiasi industri seni suatu ketika dahulu, Zul Yahya tampil membuat naik satu kenyataan menyeru penggiat seni supaya meninggalkan industri hiburan.

Lebih 20 tahun bergelar anak seni, Zul menyeru penggiat seni terutamanya pekerja belakang tabir untuk meninggalkan industri hiburan dan mencari pekerjaan yang lebih diredai oleh Allah SWT.

Zul menyifatkan pekerjaan dalam industri hiburan dipenuhi dengan dosa dan industri tersebut hanya memikirkan keuntungan pihak-pihak tertentu sahaja.

Zul turut mendakwa dalam industri hiburan turut berlaku rasuah dan salah guna kuasa untuk kepentingan individu tertentu.

“Saya nak syorkan kepada sahabat-sahabat, jom kita ubah kehidupan kita. Industri ini tak bawa ke mana-mana, tak ada keberkatan, kita banyak mana pun rasa tak cukup. Industri ini dipimpin sangat-sangat lari dari kehendak Allah SWT.

“Kita tahu banyak kaki ampu, berpuak-puak dan juga banyak pentingkan diri sendiri, banyaknya rasuah, bila mereka ada kuasa salah guna dan penuhkan diri untuk nafsu mereka,” katanya.

Sementara itu, pelakon, Yana Samsudin turut memberi respon berkenaan kenyataan yang didakwa oleh Zul yang mana beliau sama sekali tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan.

Yana dilihat memuat naik status berkenaan di laman Facebook miliknya beberapa jam yang lalu.

“Lain padang lain belalang. Sepanjang saya shooting boleh je break solat, puasa je, bilik make up dan salin baju pun asing dengan lelaki, makan katering orang Melayu juga, halal, ada break solat Jumaat, ada break silent masa azan. Ada production tiap jumaat cuti.

“Saya nak baca skrip pun duk dalam kereta sorang sorang, tak bertempur tampar dengan lelaki bukan mahram pun.

“Setiap skrip mesti ada moralnya , kalau tak mana mana stesen tv yang nak siarkan. Mana lulus proposal,” tulisnya.

Menurut Yana lagi, sebenarnya apa pun pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang individu itu yang penting ialah pembawakan diri.

“Bila dapat payment (bayaran gaji) dari kerja industri seni, bayar zakat, bantu keluarga dan orang juga.

“Saya pun bukan sempurna jugak, tapi lama kelamaan kita berubah kearah kebaikan…asalkan kerja halal, tak mencuri merompak,” katanya penuh optimis.

Berkenaan KWSP dan EPF pula Yana mendakwa dia membuat caruman sendiri, saving investment, insuran semua buat sendiri.

“Alhamdulillah. Dari muda saya dah buat. Dapat payment top up ASB, insurans dari umur 21 tahun saya dah buat. Dulu mana nama naik, tak glamour pun…cukup makan naik kelisa je sampai 10 tahun. Tapi alhamdulillah ada saving.

“Kan saya dah pesan banyak kali kat posting instagram dan FB saya…caruman tu semua boleh buat sendiri. Nak buat tak buat je.

“Jadi saya tegaskan, ianya adalah ilmu hidup dan teras agama diri sendiri. Bukan faktor pekerjaan sesorang. Tak adil untuk orang yang betul-betul mencari rezeki untuk menyara hidup tetapi masih mengekalkan jati diri anak Islam tapi dilabel sedemikian…abistu haram ke hasil kami selama ini?

“Terapkan yang positif dan keberkatan insyaAllah…Allah lidung iman kita. Wallahualam,” tulisnya lagi di laman Facebook yang dikenali sebagai Yana Samsudin.

Gratitude yummi.club

About Faizul Hakimi

Biodata Penulis