Yeayy dah boleh rentas negeri, jom ke Sepang!

 Yeayy dah boleh rentas negeri, jom ke Sepang!
June 11, 2020
Faizul Hakimi

DAERAH Sepang yang mempunyai lebih daripada 190,889 populasi mula berpesat di Bandar Baru Salak Tinggi.

Kini, bukan sahaja ia menjadi laluan keluar dan masuk utama Negara dengan adanya dua buah lapangan terbang antarabangsa, KLIA dan KLIA2, dearah ini juga terkenal dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang telah menjadi salah satu mercu tanda kebanggan Malaysia yang merupakan tempat pelbagai acara sukan motor diadakan setiap tahun.

Sepang juga menempatkan pusat membeli-belah premium pertama di Selangor, Sepang giat menarik ramai pelancong dari seluruh dunia menjadikannya salah sebuah daerah yang wajib korang kunjungi di Selangor!

Apa lagi yang ada di daerah Sepang sepanjang seharian jika korang jejak kan kaki ke sana? Jom SinarPlus kongsikan.

1)Berjoging di Taman Tasik Cyberjaya

 Yeayy dah boleh rentas negeri, jom ke Sepang!

Mulakan hari dengan berpakaian sukan kegemaran dan singgahlah ke Taman Tasik Cyberjaya yang terkenal ini.

Di sana, terdapat beberapa trek larian terbaik yang boleh korang try bersama rakan-rakan! Juga tidak ketinggalan, persekitaran yang menenangkan serta udara yang segar di taman hijau ini sudah pasti akan memberikan satu perasaan yang nyaman untuk bersenam.

2)Singgah di Restoran Adik Abang untuk sarapan pagi

 Yeayy dah boleh rentas negeri, jom ke Sepang!

Setelah penat bersenam, tambahkan tenaga pula dengan bersarapan di lokasi kegemaran ramai iaitu Restoran Adik Abang! Di sana, korang akan disajikan dengan pelbagai menu makanan Malaysia yang lazat.

Adalah sangat digalakkan untuk mencuba Lontong, Nasi lemak dan Roti Canai di kedai sebaik tiba di Restoran Adik Abang.

Sekiranya korang merupakan seorang penggemar ketiga-tiga makanan tersebut, ini semestinya tempat yang tepat untuk dituju!

3)Bergerak ke Litar Antarabangsa Sepang

 Yeayy dah boleh rentas negeri, jom ke Sepang!

Litar Antarabangsa Sepang juga tempat yang harus dilawati. Di sana korang boleh melihat ke seluruh kawasan litar dan boleh mengisi pengetahuan mengenai industri sukan permotoran dengan melawati ke Grandstand, Race Control Room, Perdana Suite perdana dan banyak lagi! Jangan lupa juga untuk mengunjungi Muzium Automobil yang terkenal semasa berada di sana.

4)Makan tengah hari di Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh

 Yeayy dah boleh rentas negeri, jom ke Sepang!

Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh adalah restoran nasi padang yang terkenal di Kampung Salak Tinggi pada waktu tengah hari!

Sekiranya sedang mencari masakan selera kampung dan tradisional yang sedap tak terhingga, boleh datang ke sana untuk mencuba menu ikan bakar dan ikan keli mereka.

Selain dari kedua-dua menu tersebut, hidangan lain yang turut disajikan di sana juga patut dicuba!

5) Ikuti Mangrove Tour

 Yeayy dah boleh rentas negeri, jom ke Sepang!

Dikenali sebagai Taman Tema Aqua yang pertama dan terbesar di Malaysia, Aqua X menawarkan pelbagai jenis aktiviti menyeronokkan yang boleh dilakukan!

Antaranya ialah Pakej Mangrove Tour yang akan membawa pengunjung berlayar ke kawasan hutan yang penuh dengan pemandangan indah dan bunyi burung eksotik di sekitarnya. Korang juga boleh mencuba senarai aktiviti menarik yang mereka tawarkan!

6)Melangkah ke Ladang Buah Naga

 Yeayy dah boleh rentas negeri, jom ke Sepang!

Semasa berjalan-jalan di Daerah Sepang, jangan lupa untuk berkunjung ke Ladang Buah Naga yang menakjubkan ini.

Terletak di Bagan Lalang, ladang ini dikenali dengan buah naga yang ditanam dan terdapat juga sebuah kafe yang boleh lawati untuk mencuba menu istimewa mereka iaitu Roti King Kong dan kentang tumbuk yang disajikan dengan kuah buah naga dan juga jus buah naga yang diperah segar!

7) Berbelanja di Mitsui Outlet

 Yeayy dah boleh rentas negeri, jom ke Sepang!

Luangkan hari indah di Mitsui Outlet Park yang terkemuka ini untuk mendapatkan satu pengalaman membeli-belah yang terbaik di Sepang!

Di sini terdapat pelbagai barangan berjenama dan mewah yang dipasarkan dengan harga yang menarik dan lebih murah berbanding Pusat Membeli-belah yang lain.

Jangan ketinggalan mendapatkan tawaran yang diberikan oleh setiap kedai di pusat premium ini!

8)Waktu minum di Book Barter Café

 Yeayy dah boleh rentas negeri, jom ke Sepang!

Berehatlah seketika dan bersantai di kafe yang menarik di Tamarind Square ini sambil menikmati waktu minum petang.

Ruang dalaman kafe ini menggayakan konsep kedai buku yang mana ia telah menjadi salah satu tempat yang digemari ramai, terutamanya para pelajar bagi menyiapkan tugasan kuliah mereka.

Bukan sahaja persekitaran kafe ini menenangkan, pencuci mulut dan kopi di sini juga semestinya sangat menggiurkan! Jangan lupa untuk turut mencuba Japanese Cottony Cheesecake dan kopi flat-white!

9)Bersiar-siar di sekitar Tamarind Square Cyberjaya

 Yeayy dah boleh rentas negeri, jom ke Sepang!

Setelah meluangkan masa di kafe, boleh cuba terokai Tamarind Square! Selain terkenal dengan tempatnya yang amat Instagram-worthy, korang juga boleh menyertai beberapa aktiviti mingguan di sini.

Antaranya ialah aktiviti Zumba Fitness, Pound Fitness, Yoga dan aktiviti Piloxing! Juga, terdapat pasar malam yang berkonsepkan urban yang diadakan pada hari Rabu ke-2 dan ke-4 yang boleh dilawati pada setiap bulan.

Turut terdapat sebuah majlis hiburan yang dipanggil Lepaq yang akan diadakan pada hari Sabtu terakhir pada setiap bulan di sini.

10) Makan malam di HM Sri Bagan Sepang

 Yeayy dah boleh rentas negeri, jom ke Sepang!

Satu penutup yang terbaik untuk hari korang adalah dengan makan malam sambil menikmati bayu laut yang sangat menenangkan! Bunyi ombak dan udara yang sejuk pasti akan mengubahkan mood siapa sahaja yang berkunjung agar lebih tenang.

Di sana juga boleh memilih hidangan dari menu ala-carte atau pakej mereka yang penuh dengan pilihan!

Semua menu di sana wajib dicuba terutamanya Ikan Talapia Bakar, Ikan Siakap Steam dan Sambal Udang Petai mereka yang amat disyorkan!

Itulah dia! Sekiranya sudah sampai sejauh ini, ia bermakna korang sudah membaca kesemua lokasi yang telah SinarPlus sertakan dalam jadual perjalanan ini.

Oleh itu, jangan lupa untuk pergi ke Daerah yang menakjubkan di Selangor ini! Tidak dinafikan lagi, Daerah Sepang ini sudah pasti akan membuat pengunjung kagum kerana tarikannya yang luar biasa!

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Selamat bercuti!

Komen

About Faizul Hakimi

Biodata Penulis