PENYANYI terkenal, Yuna telah kehilangan nenek tersayang baru-baru ini. Tidak berkongsi butiran lebih lanjut mengenai pemergian Allahyarham neneknya, namun Yuna sempat berkongsi cerita.

Menurut Yuna, dia secara rasminya sudah tidak mempunyai datuk dan nenek. Bagaimanapun dia mempunyai hubungan yang unik dengan kedua-dua nenknya.

“Ketika saya membesar, saya begitu takutkan Bah, ibu kepada ibu saya. Di kampung, saya tidak pernah menyelinap atau melakukkan apa-apa untuk mengujinya.

“Anda pasti tidak mahu berada di pihak buruknya. Bah adalah seorang guru bahasa Inggeris, jadi dia hanya bercakap bahasa Inggeris dengan saya.

“Ketika saya menjadi artis, dia mula memanggil saya ‘Yuna’ lebih dari memanggil nama panggilan saya dan saya berkata ‘Awak tidak perlu memanggil saya Yuna, Bah… Saya masih saya’.

“Jawabnya : ‘Mengapa tidak? Itulah siapa awak, bukan?’ dengan sebatang rokok di tangannya.

“Bayangkan Anna Wintour merokok dalam versi Melayu. Dia bergaya, cerdas, peka, tegas dan memakai cermin mata gelap di dalam rumah.

“Opah, ibu kepada ayah pula lebih lemah lembut. Dia seorang yang pendiam, selalu mempunyai senyuman di wajahnya.”Kenangan yang paling tidak boleh saya lupakan bersama Opah adalah ketika kami duduk bersama di beranda rumahnya dan dia akan memakaikan inai di hujung jari dan di telapak tangan saya.

“Siling rumah kampung kami akan rendah dan bila saya semakin besar, saya perlu membongkokkan badan bila berjalan dan dia akan mentertawakan saya.

YUNA DAN NENEK
Yuna bersama Opahnya dan gambar kanan adalah neneknya yang dipanggil Bah.

“Bagaimanapun kedua-duanya sama penting untuk saya. Mereka juga tidak pernah menghakimi, tidak pernah memaksa saya untuk bertudung atau tidak membenarkan menyanyi atau tidak boleh membuat itu dan ini.

Iklan

“Mereka selalu minta saya untuk menjadi diri sendiri dan berbuat baik kepada orang lain,” cerita Yuna.

Tambah Yuna, kehilangan mereka berdua dalam bulan yang sama adalah sesuatu yang sukar buatnya.

Namun dalam masa yang sama, dia berasa bangga kerana mewarisi beberapa sifat kedua-dua neneknya itu.

Iklan

Malah Yuna turut meminta peminat yang masih mempunyai nenek untuk menghubungi nenek mereka secepat mungkin.

“Hubungi nenek anda hari ini dan beritahu mereka bahawa anda menyayangi mereka. Sekiranya mereka tidak lagi bersama, mari doakan mereka.

“Ada banyak yang berlaku dan banyak emosi, saya akan berehat sebentar. Kalian jaga diri dan mari kita terus berjuang.