PELAKON dan pelawak, Zulin Aziz meluahkan rasa terkejutnya apabila menerima mesej daripada sebuah produksi dari filem Tamil yang menawarkan peluang untuknya mengembangkan bakat dalam industri Kollywood.

Menurut Zulin, tawaran tersebut disampaikan melalui pengurusnya, Ayra Nasir dan turut dikongsi menerusi laman Instagramnya.

Menerusi mesej ringkas yang diterima itu, pihak produksi terbabit meminta alamat emel pihak pengurusan Zulin untuk mendapatkan butiran dan membuat perbincangan lanjut.

“Punyalah aku buat video dengan pelakon hindustan, sekali dapat offer filem Tamil.

“Lepas ini nak parodi Chandramukhi laa hehe… Ada peluang tak jumpa Rajnikanth?” tulis Zulin.

Iklan

Terdahulu Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleen Abdul Aziz kerap memuat-naik video parodi yang disunting melibatkan babak-babak filem Hindi yang berjaya menarik perhatian ramai termasuk bintang Bollywood terkenal, Arjun Rampal.

 

Iklan

(SUMBER/FOTO: Instagram Zulin Aziz)