• Monday , 25 May 2020

Resipi air nanas soda yang wajib dicuba, sangat menyegarkan!

May 22, 2020
Arziana Mohmad Azaman

SETIAP kali nak berbuka puasa, mesti nak minum air yang menyegarkan, bukan?

Setelah seharian menahan dahaga, dapat minum air sejuk-sejuk memang terbaik. Jom buat air nanas soda ni untuk berbuka nanti. Mudah je nak buat!

Resipi Air Nanas Soda

Bahan-bahan:

  • 1 tin nanas Hosen
  • 1 1/2 cawan air soda F&N
  • 5 potongan kecil buah nanas

(Tak perlu gula dah sebab air soda, air nanas dah cukup manis)

Cara-caranya:

1) Kisar nanas dengan air soda, selepas itu tapiskan dalam penapis santan. Tujuan dia untuk hilangkan buih nanas. Kacau dengan sudu sambil tapis tu.

2) Isi jus ke dalam bekas yang bersesuaian. Tambahkan nanas tin bersama air sirapnya.

3) Tambah ais secukupnya. Kacau sebati dan sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: UNSPLASH

Komen

About Arziana Mohmad Azaman

Biodata Penulis