• Monday , 25 May 2020

Resipi Semperit Red Velvet Cheese sedap

May 21, 2020
Farah Eliani

BISKUT semperit merupakan satu biskut raya klasik yang terbukti sedap dan gebu. Hari ini, SinarPlus nak kongsikan resipi semperit khas menggunakan biskut semperit red velvet cheese. Jom kita layan resipi ni!

Resipi Semperit Red Velvet Cheese

Bahan-bahan:

  • 250g buttercup (suhu mentega tambahan suhu bilik, pilihan mentega terlalu cair dikhuatiri nanti bunga semperit akan kembang setaman)
  • 100g gula aising (Gula aising wajib diajak dahulu sebelum mudah untuk ditekan dan tidak tersekat kemudian)
  • 340g tepung jagung
  • 40g tepung gandum / superfine
  • 20g tepung beras
  • 4 sb tepung tepung
  • 2sk elmco red valvet
  • 50g krim keju
  • 4 sudu makan wipping cream atau susu pekat
  • 1sk essen vanila
  • Pewarna merah terang (boleh dapat dari kedai bakeri)

Cara-caranya:

1. Pukul butter dan gula guna spatula atau senduk kayu. Sebati cukup jangan kembang nanti bunga jatuh. Kemudian masukkan essen vanila, red valvet elmco dan pewarna kacau sebati lagi.

2. Dalam bekas lain, pukul cream cheese dan susu atau wipping cream sampai sebati tidak berketul. Masukkan krim keju dalam bekas mentega dan gula tadi kacau sebati (krim keju suhu bilik).

3. Satukan kesemua tepung tadi, masuk dalam gula dan butter serta cream cheese tadi. Masuk sikit-sikit jangan semua. Uli sampai tak melekat di tangan. Jangan keras nanti tak boleh tekan adunan. Kalau terlalu lembik tambah tepung jagung kalau susah tambah buttercup atau cream cheese.

4. Bila dah sebati adunan boleh tekan semperit. Lepas tekan 15 minit di luar baru bakar. Suhu oven 170 masa 20-25 minit ikut jenis oven masing-masing ye. Macam mana dan tekan sebelum bakar macam tu bunga bunga bakar sikit tak kembang.

Selamat mencuba.

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: HOMECOOKRESEPI

Komen

About Farah Eliani

Biodata Penulis