4 sebab kenapa anda perlu pakai serum

serum
May 6, 2020
Izyan Liyana

SETIAP wanita pasti mengimpikan set penjagaan kulit yang lengkap untuk rutin harian. Begitu juga dengan salah satu langkah penjagaan muka iaitu serum. Pentingkah pemakaian serum ini?

Ya, pemakaian serum sememangnya penting dan perlu mengikut keperluan kulit muka anda. Serum mempunyai spesifik fungsinya seperti untuk merawat jerawat, kulit kering mahupun masalah jeragat.

Berikut merupakan kelebihan pemakaian serum:

1. Tekstur molekul serum yang nipis

Serum merupakan cecair yang bertekstur nipis dimana molekul vitaminnya amat-amat kecil. Ini membolehkan serum diserap dengan mudah ke dalam kulit.

2. Fungsinya 10 kali ganda

Sekiranya anda seorang yang memiliki kulit berminyak, amat perlu memakai serum ini. Ini kerana ekstrak serum adalah 10 kali ganda lebih pekat berbanding pelembab. Jadi ia dapat berfungsi lebih baik untuk masalah kulit minyak.

3. Fungsi serum khusus

Serum juga terbahagi khusus untuk merawat masalah kulit tertentu seperti jerawat, antipenuaan, jeragat, bentuk-bintik hitam, kulit kering atau berminyak. Jadi ia memfokuskan kepada masalah kulit jadi kesannya akan lebih cepat.

4. Menjimatkan

Serum juga lebih menjimatkan. Ini kerana sekali pemakaian hanya satu atau dua titis sahaja jadi dengan pembelian satu botol boleh bertahan sehingga dua bulan dan amat menjimatkan.

Inilah antara kelebihan dan perlunya memakai serum. Sekali lagi diingatkan agar anda memakai serum yang bersesuaian dengan masalah kulit anda.

Penulis: Suhaila Ali
Sumber: hellodoktor.com