Jangan lupa follow kami di Instagram 

 

MAKANAN pencuci mulut seperti ais krim, kek, kuih dan sebagainya merupakan hidangan yang digemari tidak mengira lapisan usia.

Sikap sebegitu akan mendorong ke arah penyakit diabetes yang dikhuatiri menjadi penyebab kepada pemotongan anggota badan, stroke, kebutaan dan kematian.

Diabetes merupakan salah satu gangguan penyakit kronik yang paling banyak dihidapi oleh penduduk di seluruh dunia.

Keadaaan ini berlaku disebabkan tubuh tidak mampu untuk memproses gula sehingga menyebabkan gangguan pada bahagian pembuluh darah sekali gus menyebabkan kegagalan fungsi jantung.

Bagaimanapun penyakit kronik itu tidak berlaku dalam sekelip mata. Sebaliknya penyakit diabetes mengambil masa lama untuk berlaku dan ianya bergantung kepada gaya hidup dan pemakanan yang diamalkan.

Justeru berikut SinarPlus kongsikan lima amalan yang sering dilakukan secara tanpa sedar dan boleh menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit diabetes:

1. Minuman manis

Salah satu kebiasaan yang tidak sihat ialah dengan mengamalkan minum air berkarbonat atau minuman berperisa dan bergula. Walhal apa yang diperlukan adalah hanya air untuk menghilangkan dahaga.

Menurut pakar perubatan Thomas Horowitz dari Pusat Perubatan Presbyterian CHA Hollywood, Los Angeles, individu yang menghentikan pengambilan minuman berkabornat atau kandungan gula yang tinggi dapat menurunkan berat badan sebanyak 9 kilogram dengan mudah.

2. Gula berlebihan

Penyakit diabetes berlaku ketika tubuh tidak mampu untuk menghasilkan kandungan insulin yang cukup untuk tubuh.

Justeru, cara diet yang terbaik ialah dengan pemilihan makanan yang betul atau rendah gula seperti protein, bijirin dan sayuran.

3. Kurang melakukan aktiviti

Gaya hidup yang tidak aktif secara tidak langsung mendorong kepada penyakit diabetes. Jadi, sebaiknya lakukan senaman atau sebarang pergerakan kecil seperti berjalan kaki paga waktu atau yoga. Difahamkan, melakukan aktiviti sebegini dalam melambatkan pertumbuhan penyakit merbahaya itu dalam badan.

4. Banyak duduk

Iklan

Disebabkan tidak banyak melakukan pergerakan, individu lebih cenderung untuk duduk dan berehat tanpa melakukan sebarang aktiviti.

Menurut Pakar Endokrinologi, Pusat Perubatan Wilayah Saint John, Santa Monica, California, Sarah Rettinger, biarpun melakukan olahraga secara teratur, kebiasaan duduk untuk satu tempoh yang lama itu akan melemahkan otot selain perubahan metabolisme dapat meningkatkan kadar gula dalam darah.

Nasihat beliau, setelah duduk terlalu lama, anda digalakkan untuk berdiri atau melakukan pergerakan seperti renggangan anggota badan.

5. Terlalu banyak makan

Apabila bercerita tentang diet pemakanan sihat, pola makan seperti sayuran, bijirin dan buah-buahan pastinya sudah diketahui umum.

Iklan

Namun, pengambilan makanan yang tidak terkawal boleh mengundang bahaya sekiranya tidak terkawal.

Sebaiknya, tetapkan waktu makan pada masa tertentu. Kenal pasti mengapakah anda makan, adakah disebabkan lapar, stres, atau bosan.

Secara ringkasnya, penjagaan kesihatan bermula daripada amalan pemakanan sihat. Oleh itu jangan ambil mudah dengan mengatakan;”Makan selagi boleh makan.”

Kenyataan itu nyata salah dan tidak boleh diamalkan kerana bimbang akan menyebabkan terjadinya penyakit kronik pada masa akan datang.

Sumber: CNN Indonesia