WANITA dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan.

Buktinya lihat sahaja deretan produk kecantikan di farmasi atau butik kosmetik, boleh dikatakan segalanya tentang kaum Hawa.

Tidak dinafikan sebilangannya memberikan hasil yang memuaskan, sementara lain tidak.

Bagaimanapun, kegagalan itu tidak boleh diletakkan 100 peratus ke atas produk semata-mata.

 

Baca juga: Awas! Wajah berkedut pada usia muda tanda paras gula tinggi dalam badan

Baca juga: Risau warna bibir gelap berikut langkah boleh diambil bagi mengatasi

 

Ini kerana tahap kesihatan kulit seperti kering, berminyak atau kedua-duanya perlu diambil kira.

Tidak kurang itu, amalan pemakanan dan gaya hidup turut mempengaruhi kesihatan kulit lebih-lebih lagi pada bahagian wajah.

Oleh itu, SinarPlus rangkumkan lima tip kecantikan yang perlu dilakukan untuk mendapat kulit cerah berseri menurut food.ndtv.com.

1. Makan apa tu?

Kelihatan cantik bukan mudah. Disebabkan itu cuba kenal pasti apakah hidangan yang anda ambil dalam tempoh masa sehari.

Sebaiknya cuba elakkan pengambilan makanan terlalu pedas, ditapai, garam tinggi, masam dan bergoreng.

Amalankan diet rendah lemak dan kurangkan pengambilan gula berlebihan.

Cuba ambil makanan seperti oat, sayur-sayuran, buah-buahan segar dan kandungan tinggi protein.

2. Air suam

Biasakan diri untuk basuh muka dengan air suam sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Lakukan juga urutan muka perlahan-lahan dalam gerakan bulat.

Pastikan pembersih wajah mengandungi asid alfa hidroksil atau asid beta hidroksil.

Selepas basuh, keringkan dan sapukan dengan losyen yang mengandungi benzoyl peroksida.

Jika jerawat tiba-tiba muncul, cuba basuh di bahagian tersebut dengan air mawar dan letakkan uncang teh hijau sejuk selama 10 minit.

Pastinya wajah sentiasa dibersihkan selepas memakai kaca mata.

3. Rawatan sendiri

Jangan lupa untuk manjakan diri dengan melakukan urutan lembut pada bahagian muka.

Gunakan minyak yang diperbuat daripada mustard, kelapa atau badam kerana ia merupakan agen khasiat yang baik untuk kulit.

Sambil mengurut wajah, pasangkan audio muzik ketenangan sekitar 20 minit.

Iklan

Kulit pasti akan lebih terasa segar dan bersinar.

4. Tidur

Sudah pastinya rehat yang cukup atau tidur sekitar tujuh hingga lapan jam setiap malam dapat menghindari masalah kulit.

Sekiranya terdapat lingkaran gelap atau kenduran bawah mata, cuba sapukan dengan madu pada wajah sebanyak dua atau tiga kali seminggu.

Jangan lupa cuci muka dan pakai pelembab wajah setiap kali sebelum tidur.

Jika kulit kering, elakkan membasuh muka dengan air hangat atau mengguna produk pembersih tinggi alkohol.

5. Bersenam

Melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, joging atau yoga boleh melancarkan pengaliran darah dalam badan.

Iklan

Jangan lupa tentang penjagaan kulit sebelum dan selepas bersenam.

Sapukan toner untuk membantu mengurangkan pengeluaran minyak sebelum keluar bersenam.

Kesimpulan, disiplin dan rajin perlu untuk mendapatkan hasil kulit wajah yang menawan.

Sebaiknya jadikan ia sebagai rutin harian agar hasilnya lebih memuaskan.

Sebarang alahan atau perubahan pada kulit wajah, perlu mendapat nasihat daripada pakar perubatan.

Jadi, selamat mencuba!

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI