KEWUJUDAN ‘eye bag’ atau lingkaran mata gelap (mata panda) bukanlah satu masalah yang sangat perlu dibimbangkan, namun, secara tidak langsung menyebabkan kecacatan pada penampilan anda.

Ada di antara kita yang berhadapan masalah itu seawal usia remaja lagi.

Jadi, hari ini SinarPlus kongsikan lima petua bagi hilangkan masalah itu.

1. Hirisan timun

Timun mengandungi air yang tinggi dan apabila diletakkan pada mata memang menyamankan dan melegakan. Bukan itu sahaja, ia juga sangat bagus untuk mata yang letih dan lesu.

2. Minyak badam

Ramai tidak tahu bahawa minyak badam boleh bantu untuk mata panda ataupun eye bag tau! Ia kerana, minyak badam mengandungi vitamin E yang tinggi.

Caranya, boleh sapu seperti pelembap biasa di sekitar mata dan sebelum masuk tidur. Ia membantu meratakan tona bawah mata dan kulit agar menjadi lebih sihat dan tidak kusam.

3. Uncang teh

Uncang teh yang sudah digunakan perlu disimpan dalam peti. Sebenarnya, teh sangat bagus untuk memperbaiki peredaran darah di sekitar mata.

Selain itu, bantu untuk kurangkan pigmentasi dan juga lingkaran gelap bawah mata.

Iklan

(VIDEO) Petua mudah pudarkan parut jerawat, 4 bahan ini penting

4. Minum air kosong secukupnya

Kekurangan air di dalam badan juga menyebabkan peredaran darah menjadi tidak lancar. Air yang cukup dalam badan mengurangkan terjadinya kulit kering dan berkedut.

5. Serbuk baking soda

Iklan

Caranya, ambil air teh panas ataupun air kosong biasa. Bancuh dengan sesudu baking soda dan larutkan dalam air. Kemudian, ambil kapas muka dan lembapkan kemudian tempek di mata dalam 10 hingga 15 minit.

Kemudian, cuci dan sapukan dengan pelembap. Lakukan secara konsisten dalam masa 2 hingga 3 minggu dan anda akan nampak kesannya. Selamat mencuba!

Kredit: Telegram @PetuaDankesihatan