6 cara dapatkan rambut sihat dan bersinar. Tak perlu sebarang produk, hanya ubah teknik penjagaan

6 cara dapatkan rambut sihat dan bersinar. Tak perlu sebarang produk, hanya ubah teknik penjagaan
May 27, 2021
Oleh Farah Natasya

 

Memiliki rambut yang cantik dan panjang adalah idaman setiap wanita. Rambut yang hitam berkilat adalah antara salah satu definisi rambut yang cantik.

Rambut diibaratkan sebagai mahkota wanita, jadi perlulah dijaga dengan rapi. Mesti korang juga teringin nak rambut macam Ariana Grande yang panjang dan berkilat.

6 cara dapatkan rambut sihat dan bersinar. Tak perlu sebarang produk, hanya ubah teknik penjagaan

Cara untuk memeliharanya mudah saja sebenarnya. Paling penting tidak perlu mengeluarkan ‘modal’ yang berlebihan. Korang hanya perlu mengubah sedikit sahaja cara penjagaan harian rambut.

SinarPlus kongsikan beberapa teknik penjagaan rambut untuk menghasilkan rambut yang lembut dan menawan.

1. Potong hujung
Mungkin kedengaran pelik, tetapi korang harus memotong rambut agar ianya tumbuh. Hujung yang rosak akan terputus dan menjadikan rambut korang lebih pendek! Namun, jangan salah faham, korang hanya perlu memotongnya setiap enam minggu.

 

6 cara dapatkan rambut sihat dan bersinar. Tak perlu sebarang produk, hanya ubah teknik penjagaan

Iklan

2. Elakkan mandi air terlampau panas
Kalau boleh elakkanlah penggunaan air panas ketika mandi. Ia tidak elok untuk rambut korang. Apabila air panas ini terkena kulit kepala, ia secara tidak langsung membuatkan rambut menjadi lebih kering dan kusut.

3. Jangan ‘blow dry dan ‘flat iron’ dalam masa yang sama
Menggunakan haba panas untuk menggayakan rambut boleh menyebabkan rambut korang tidak tumbuh dengan kuat. Oleh itu, jika korang merancang untuk meluruskan rambut, biarkan ia kering terlebih dahulu. Seeloknya, sebelum korang menggunakan alat pemanas, sapukan dahulu rambut dengan produk pelindung haba atau serum untuk melindungi rambut korang daripada kerosakan yang teruk.

 

6 cara dapatkan rambut sihat dan bersinar. Tak perlu sebarang produk, hanya ubah teknik penjagaan

Iklan

4. Keringkan rambut anda
Rambut basah sangat rapuh, jadi memintalnya menggunakan tuala setelah keluar dari bilik mandi boleh memecahkan dan merosakkan helaian rambut! Sebaliknya, korang boleh tepuk perlahan-lahan rambut menggunakan tuala untuk keringkannya.

5. Manjakan kulit kepala anda
Kotoran, minyak dan sel kulit mati melekat di permukaan kulit kepala korang sehingga menghalang rambut baru untuk tumbuh. Oleh itu, urut kulit kepala dengan jari setiap kali korang menggunakan syampu untuk membersihkan seluruh kulit kepala di samping meningkatkan aliran darah untuk folikel yang lebih elok, sihat dan aktif.

 

6 cara dapatkan rambut sihat dan bersinar. Tak perlu sebarang produk, hanya ubah teknik penjagaan

6. Gunakan sikat bergigi lebar
Sikat bergigi lebar adalah satu-satunya alat yang boleh korang gunakan selepas mandi. Sikat rambut dengan cara yang betul. Jangan sikat secara kasar kerana ia hanya akan merosakkan lagi rambut korang.

Rambut adalah antara bahagian tubuh wanita yang perlu dijaga. Sama ada korang memakai tudung atau sebaliknya, sentiasa utamakan kesihatan rambut dan kulit kepala.

Tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan, kebersihan dan penampilan diri harus dijaga. Selain dapat meningkatkan keyakinan diri, ia juga mampu mengeratkan hubungan kasih sayang dengan pasangan. Selamat mencuba!

Sumber: Seventeen