LAZIMNYA, pokok ceri akan tumbuh meliar, namun terdapat sesetengah daripada kita menanamnya di halaman rumah.

Mengimbau kembali detik lama, penulis sendiri sangat gemar makan buah ceri kampung.

Memang ‘layan’ makan buah ini sambil ditemani angin-angin sepoi bahasa.

Saiznya yang kecil membolehkan penulis menghabiskan berbiji-biji ciri lebih-lebih lagi kalau rasanya lebih manis daripada biasa.

Selepas memasuki alam dewasa, barulah penulis tahu bahawa daun pokok ceri mempunyai terlalu banyak khasiat.

Jadi, pada hari ini, SinarPlus ingin kongsikan manfaat daun buah ceri menurut Telegram @PetuaDankesihatan:

i) Menurunkan kencing manis.

Caranya:

1. Ambil segenggam daun ceri lalu dibersihkan.
2. Rebus bersama lima gelas air.
3. Biarkan kering hingga memenuhi 2 gelas air sahaja. Minum setiap pagi dan malam.

Menurut heatlhline.com, kandungan saponin, tannin dan flavonoid yang terdapat dalam daun ceri mampu menurunkan gula dalam darah.

ii) Menyembuhkan luka atau kudis.

Pesakit diabetes yang mengidap luka boleh ikhtiar dengan daun ceri.

Ini kerana daun ceri membantu mempercepatkan luka sembuh.

Kaedahnya, minum air rebusan daun ceri, maka luka tersebut akan beransur-ansur mengering.

iii) Mencegah kanser.

Daun ceri mampu untuk mencegah kanser kerana mengandungi flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan untuk mencegah dan membunuh kanser yang ada di dalam tubuh.

Pesakit boleh mengambil daunnya yang masih muda dan dibuat sebagai minuman sihat.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram!

 

iv) Meredakan rasa sakit.

Rasa sakit yang disebabkan berpunca daripada keradangan akibat penyakit boleh diredakan dengan meminum air rebusan daun ceri.

Iklan

Daun ceri berfungsi hampir sama seperti ubat asid mefenamat yang mampu meredakan rasa sakit.

v) Menurunkan kadar kolesterol.

Amalan meminum air rebusan daun ceri sekurang-kurangnya sekali sehari mampu menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

Disarankan minum segelas air daun ceri pada malam hari sebelum tidur.

Kandungan vitamin P yang tinggi, coumarin dan oxycoumarin, membantu menurunkan kolesterol, mengurangkan risiko pembekuan darah dan angin.

vi) Menurunkan darah tinggi.

Minum air rebusan daun ceri dua kali sehari.

Iklan

Dalam pada itu, daun ceri juga boleh dikeringkan untuk penyimpanan yang lebih lama.

Apabila hendak minum, daun itu perlu direbus sahaja.

Baca juga: 7 makanan tambah susu badan, ibu-ibu di luar sana boleh cuba amalkannya

Selain itu, daun ceri juga banyak digunakan untuk merawat masalah bengkak kaki, bengkak kelenjar prostat, merawat ulser, gastrik, mengurangkan demam dan sakit kepala.

Bagus kan daun ceri ini?

Jadi, bolehlah ikhtiar dengan daun ceri, apatah lagi daunnya sangat mudah untuk didapati. Semoga bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Instagram!