PERSOALAN bagaimanakah cara untuk memotong rambut sendiri merupakan antara salah satu soalan yang paling kerap dicari di Google sepanjang tahun 2020 iaitu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir dilakukan hampir di seluruh dunia.

Menurut laman web beautybay.com, selain itu, terdapat tujuh soalan yang paling kerap dicari oleh pengguna dan kesemuanya melibatkan penampilan diri.

Berikut SinarPlus senaraikan secara terperinci soalan-soalan yang kerap dicari oleh warganet di Google pada tahun lalu:


1. Bagaimana untuk memotong rambut sendiri?

  • Perkara asas yang perlu dilakukan adalah memastikan paras rambut yang ingin dipotong.
  • Jangan berasa gugup atau gementar ketika ingin memotong rambut kerana perkara itu akan menyebabkan tertekan dan mengambil keputusan terus memotong rambut tanpa sedar.

2. Bagaimanakah untuk melakukan dermaplaning?

  • Dermaplaning merupakan kaedah menyingkirkan sel kulit mati dengan menggunakan sebilah pisau khusus.
    Ia juga bertujuan untuk menghilangkan rambut halus pada wajah yang mampu menyebabkan bahagian pori-pori tersumbat.
  • Kata pakar dermatologis, Dr Sheila Krishna, melakukan sendiri dermaplaning adalah perkara yang tidak digalakkan. Hal ini kerana individu yang terlibat perlu memiliki latihan khusus dan sijil kelayakan sebelum dibenarkan melakukan rawatan wajah.
  • Penjualan pisau dermaplaning juga mudah didapati di farmasi atau secara atas talian yang menyebabkan pengguna terdorong untuk melakukannya sendiri di rumah.

3. Bagaimana untuk mewujudkan rutin penjagaan kulit?

  • Disebabkan ramai yang duduk di rumah, penggunaan makeup pastinya berkurangan berbanding kebiasaan bagi wanita berkerjaya atau untuk ke pejabat.
  • Tumpuan pengguna lebih terdorong ke atas penjagaan kulit tidak mengira sama ada mendapatkan produk secara atas talian dan membelinya di premis berhampiran.
  • Pelbagai masalah kulit yang dicari di Google, antaranya rutin penjagaan kulit kering, kulit berminyak, gabungan kulit kering dan berminyak, kulit sensitif, kulit berjerawat, kulit remaja, kulit matang atau produk penjagaan kulit.


4. Bagaimanakah cara untuk menggunakan beauty blender?

Iklan
  • Span khas yang memiliki pelbagai bentuk dan jenis bagi membantu mengaplikasikan foundation, concealer, dan bedak pada wajah.
  • Namun ingat! Pastikan span yang telah digunakan perlu dibasuh dan dikeringkan bagi mengelakkan pertumbuhan kulat sehingga menjejaskan kulit.

 


5. Cara untuk mencuci beauty blender?

  • Caranya dengan merendamkan beauty blender yang telah digunakan di dalam air seketika sebelum membasuh menggunakan sabun.
  • Penggunaan air panas bagi memudahkan untuk menghilangkan kotoran dengan cepat.


6. Di manakah untuk membeli pelitup muka?

Iklan
  • Sebelum ini penggunaan pelitup muka di kawasan umum banyak dikaitkan dengan masalah jerebu.
  • Bagaimanapun sejak penularan virus Covid-19, pemakaian pelitup muka menjadi satu kemestian dan diletakkan di bawah undang-undang untuk memakainya sekiranya berada di tempat umum atau kawasan sesak.


7. Bagaimanakah cara untuk menghilangkan kelemumur?

  • Produk menjagaan kulit kepala menjadi antara yang trending di Google terutama bagi mereka yang keliru antara kelemumur atau kulit kering.

Ya, kalau mahu diikutkan, tidak hairanlah soalan-soalan sebegitu ditanya gara-gara PKP yang menyebabkan kita ‘banyak masa lapang’ dan menghabiskan masa untuk mencantikkan diri dan membeli-belah secara online.

Bagaimana pula trend pada tahun 2021? Sama-sama kita nantikan.