FASHIONVALET (FV) merupakan satu platform kegemaran ramai wanita yang memburu pelbagai fesyen terkini. Diam tidak diam, FV sudah menyambut ulang tahunnya yang ke-10.

Ramai tertanya-tanya, mengapa platform FV terus menjadi ‘kegilaan’ ramai terus bertakhta di hati ramai wanita. Berikut SinarPlus huraikan sebab-sebabnya:

i) Setelah meniti kejayaan hebat, FV tidak pernah lupa komitmen untuk menabur bakti kepada masyarakat. Sempena ulang tahun ke-10. FV akan menyumbang sebanyak RM100,000 untuk tabung dana Pasukan Tindakan & Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) bagi pihak kakitangannya dalam usaha menentang pandemik COVID-19.

ii) Sebagai pengasas trend dan peneraju dalam industri fesyen sederhana (modest fashion), FV kini merancang untuk mengembangkan platform ke peringkat global dalam tempoh dua tahun yang akan datang. Ini bermakna, platform ini bukan sahaja kukuh, malah boleh dipercayai dan tak perlu diragukan!

iii) FV juga telah menghubungkan 5,000 penjual makanan tempatan dengan pelanggan melalui FV Bazar. FV bertindak sebagai laman interaktif tanpa mengenakan komisen kepada vendor! Nampak tu, FV sentiasa mengingati peniaga kecil. Terharu!

iv) Hah, ini paling best. FV telah memperkenalkan beberapa ciri kemudahan seperti Cuba Sebelum Beli, penghantaran GrabExpress, kemudahan bayaran ansuran dan pencadang saiz (ciri kemudahan yang membolehkan pelanggan memberikan profil kaki dan badan mereka. Selepas itu, saiz dan potongan yang paling sesuai akan disyorkan).

v) Bagi menggalakan konsep keusahawanan dalam kalangan rakyat Malaysia, FV menyertai program rancangan realiti TV Gen F dengan menaja hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

vi) FV berkerjasama dengan MyCreative untuk pertandingan Fashion Pitch, dengan tujuan menyerlahkan bakat pereka fesyen baharu dimana pemenang layak memohon pinjaman perniagaan bernilai sehingga RM2 juta daripada MyCreative.

vii) Ingat tak kisah viral dUCk yang muncul sebagai jenama fesyen sederhana pertama di dunia telah bekerjasama dengan jenama terkemuka antarabangsa seperti Disney dan Barbie. dUCk Cosmetics juga merupakan jenama tempatan pertama untuk menyertai Sephora, pemimpin pengalaman beli-belah produk kecantikan. Hebat tak hebatnya kepercayaan orang luar terhadap FV!

viii) FV tidak berdiam diri dengan situasi pendemik Covid-19 di negara kita. FV telah menjalankan pelbagai inisiatif untuk mengumpul sumbangan. Disebabkan itu, Malaysian Official Designers’ Association boleh menjahit 140,000 pakaian perlindungan diri untuk pekerja barisan hadapan kita.

Iklan

Pengasas Bersama FashionValet, Vivy Yusof berkongsi rasa selepas membina jenama FV sejak sekian lama.

Katanya: “Semasa kami bermula 10 tahun lepas, kami terpaksa melakukan segalanya sendiri. Daripada mengira stok kepada mengambil gambar, membungkus barangan, menguruskan perkhidmatan pelanggan dan menjalankan perniagaan! Kami mempunyai pasukan yang sangat kecil pada masa itu, dengan hanya tiga orang dan sekarang kami mempunyai lebih daripada 180 pekerja yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan syarikat. “

Memasuki dekad baharu, Vivy memberitahu, pihaknya komited untuk memberi lebih nilai kepada pelanggan dan terus mengembangkan platform dan kehadiran FV di ruang fesyen sederhana di seluruh dunia.

Sempena ulang tahun ke-10 FV, jenama ini memperkenalkan watak bernama Farah, nama umum yang melambangkan wanita fesyen sederhana dan juga tote bag termasuk buku nota edisi terhad yang boleh dibeli menerusi laman web.

Iklan

Aktiviti Find Farah (Mencari Farah) ialah acara pencarian berakhir pada hari ini. Maaf, SinarPlus terlewat kemas kini, tetapi ada masa lagi ya untuk sertai. Kaedah penyertaan adalah seperti di bawah:

Langkah 1: Layari laman web atau aplikasi FV.
Langkah 2: Cari Farah dan ambil gambar skrin (screenshot) .
Langkah 3: Paparkan gambar di Instagram, tag @fashionvaletcom dan sertakan #FV10WITHU dalam keterangan Instagram anda.

Seramai 10 peserta bertuah akan memenangi kod diskaun 15 peratus menerusi mesej Instagram yang boleh ditebus apabila membuat pembelian dalam talian yang seterusnya. Kod tersebut sah selama 6 bulan, tanpa sebarang syarat nilai pembelian minimum. Cubalah ya!

Sumber gambar  https://duckscarves.com/barbie-x-duck/, INSTAGRAM VIVY YUSOF & FASHIONVALET