LIMAU nipis adalah sejenis buah sitrus yang masam, bulat dan berwarna hijau terang.

Ia adalah sumber tenaga pemakanan yang tinggi dengan kandungan vitamin C, antioksidan dan nutrien lain.

Selain digunakan sebagai perisa masakan dan makanan, ia juga untuk merawat berbagai penyakit.

Air limau nipis pula boleh membantu pencernaan dan boleh mendorong orang untuk minum lebih banyak air.

Mari kita tengok khasiat-khasiat limau nipis;

1. Mengempiskan perut

Biasanya digunakan ketika dalam pantang. Boleh juga untuk mereka yang mengalami perut buncit, bolehlah gunakan petua ini;

Air perahan limau nipis dicampurkan dengan kapur sirih dan sapukan seluruh kawasan yang dikehendaki.

Boleh juga digantikan dengan campuran bersama asam jawa.

2. Melembutkan tangan dan muka

Ambil air perahan limau bersama-sama keratan buah limau nipis itu dan tenyehkan atau sapu pada bahagian muka dan tangan. Biarkan 10 minit dan cucilah dengan air bersih.

Korang akan rasai tangan bertambah lembut dan wajah pun tidak berminyak lagi.

Boleh juga digantikan dengan timun yang dicincang halus, parutan kentang, putih telur, sapulah seperti cara tadi.

3. Batuk kuat

Jika korang mengalami batuk kuat dan lebih seminggu, boleh mencuba air perahan limau nipis dicampurkan dalam air suam dengan sebuku garam kasar serta sesudu madu asli. Minumlah setiap kali rasa hendak batuk.

Selepas makan pula, berkumur dengan air limau nipis dicampur air.

4. Memulihkan syawat

Limau nipis dan airnya juga boleh memulihkan syawat dengan mencampurkan sebiji telur ayam kampung dan dimasak tiga suku masak, masukkan serbuk lada hitam dan makanlah pada waktu pagi selang sehari selama seminggu. InsyaAllah korang akan terasa nikmatnya.

5. Merawat penyakit darah tinggi

Sebiji limau nipis dan perah airnya dicampurkan dengan segelas air dan gula secukup rasa.

Minumlah setiap pagi dan petang, lakukan sehingga darah tinggi beransur turun.

Iklan

6. Menurunkan berat badan

Amalkan setiap hari meminum air perahan limau nipis dua biji sehari, berat badan korang akan berkurangan. Amalkan selama sebulan, akan nampak perubahannya.

7. Suara menjadi merdu

Perahan air limau nipis dicampur sedikit kapur sirih, madu satu sudu teh dan sebuku garam kasar.

Campurkan semuanya dan minumlah seminggu sekali.

8. Ramuan mandi

Iklan

Untuk ramuan mandi bunga atau mandi biasa boleh gunakan perahan air limau nipis, sementara buahnya dibelah dua dan digosok pada badan yang berdaki atau gatal. Badan akan jadi bersih dan segar.

Baca juga Khasiat buah kering tidak sama dengan buah segar, ini sebabnya yang kita perlu tahu

9. Mengatasi kurang darah

Sediakan sebiji kuning telur, sesudu madu, air limau nipis sebiji dan segengam daun bayam merah (ditumbuk dan diperah airnya).

Campurkan semua dan minumlah setiap pagi dan petang, badan akan jadi lebih sihat dengan wajah kemerahan.

Semoga bermanfaat!