MASALAH perut buncit bukan satu ‘fenomena’ baharu dalam kalangan wanita atau lelaki.

Satu lagi, masalah itu bukan sahaja berlaku pada orang muda dan warga emas, malah kanak-kanak juga berdepan masalah sama. Pendek kata, hal perut buncit tidak mengenal usia.

Cuba check tubuh anda sendiri, adakah perut kita semakin buncit pada bulan Ramadan hasil penangan makan makanan yang sedap-sedap belaka?

Jika ya, hal itu sebenarnya berlaku disebabkan kewujudan angin atau gas dalam saluran pencernaan akibat makanan yang tidak dicerna dengan baik.

Pengambilan makanan berlemak dan karbohidrat berlebihan turut menjadi antara penyumbang kepada perut buncit.

Jika tidak bersenam, lagilah kemelut itu menjadi-jadi. Bukan perut saja buncit, malah ditambah dengan ‘kombo penyakit’ lain seperti jantung, kencing manis dan obesiti.

Okey, bagaimana untuk atasinya? Berikut SinarPlus kongsikan saranan yang disyorkan oleh selebriti kecergasan dan kesihatan, Kevin Zahri.

1. Pengambilan makanan rendah lemak.

  • Pengambilan makanan rendak lemak ketika bersahur seperti oat baik untuk membuang lemak pada bahagian perut dengan cepat.
  • Pastikan pengambilan oat tidak dicampurkan dengan gula atau garam, namun jika ingin menambahkan perisa dalam makanan kita boleh menambahkan madu atau buah-buahan.

2. Makanan tinggi serat.

  • Buah-buahan segar dan sayur-sayuran seperti brokoli, lobak, serta tomato antara hidangan yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut.
  • Makanan ini juga tidak mempunyai kandungan kalori yang tinggi selain mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin.
  • Makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun dan buah zaitun antara hidangan yang menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut.

3. Jumlah hidangan dalam kuantiti kecil.

Iklan
  • Bagi ‘merancakkan’ proses pengurangan lemak pada bahagian perut, kita digalakkan untuk mengambil makanan dalam jumlah yang kecil atau bersederhana ketika berbuka.
  • Kita juga disarankan untuk makan dalam hidangan kecil di antara 4-6 hidangan sehari.
  • Elakkan untuk makan dalam jumlah yang banyak, biarpun sekadar 1-3 hidangan sehari, tetapi ingat! Sekarang ini kita masih berada dalam bulan Ramadan ya!
  • Pengambilan makanan dengan kuantiti yang sedikit secara tidak langsung meningkatkan kadar metabolisma badan kerana tidak memerlukan banyak tenaga untuk memproses makanan dalam perut.
  • Minuman teh atau kopi juga boleh meningkatkan kadar metabolisma, namun masih perlu dikawal kadar pengambilan dan kandungan gula.

4. Melakukan senaman.

  • Melakukan senaman sekurang-kurang 3-4 kali seminggu.
  • Senaman ini perlu digabungkan dengan diet harian yang sihat iaitu 50 peratus latihan dan 50 peratus diet untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
  • Sekiranya berasa bosan, kita boleh melakukan senaman sambil mendengar muzik kegemaran sebagai penyuntik semangat.

Iklan

5. Letakkan sasaran.

  • Paling utama ialah kita perlu meletakkan sasaran bagi membantu agar tidak tersasar daripada sasaran untuk kelihatan ramping dan bergaya pada Aidilfitri nanti.
  • Disiplin adalah kunci utama untuk mencapai target untuk menghilangkan lemak pada bahagian perut sekaligus tidak lagi menghadapi masalah perut buncit.

Semoga perkongsian SinarPlus ini dapat membantu kita untuk menghilangkan masalah perut buncit pada bulan Ramadan.

Harap-harap sempatlah ya ubah penampilan diri agar dapat bergaya sakan pada Syawal nanti.

Selamat mencuba! 🙂