Air liur mampu beri petanda jika tubuh kekurangan air, ini beberapa fakta penting yang perlu kita tahu

January 11, 2021
Oleh Farah Eliani

SEPERTI yang kita tahu, air liur adalah cecair jernih yang terkandung dalam mulut.

Merujuk portal antarabangsa webmd.com, ar liur merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar air liur yang mana 98 peratus kandungan air liur terdiri daripada air dan selebihnya adalah enzim.

Enzim-enzim tersebut ialah mukus, protein dan bahan mineral.

Kelenjar itulah yang membuat mulut kita sentiasa lembap dan berair.

Secara saintifiknya, air liur merupakan komponen yang sangat penting dalam tubuh badan manusia.

Mengikut perkiraan, tubuh badan manusia menghasilkan 1 liter air liur setiap hari. Berikut adalah kepentingan air liur yang kita jarang sekali ketahui:

1. Air liur dapat melindungi gigi dan gusi serta membantu membunuh bakteria termasuk mencegah pereputan gigi. Namun demikian, jangan jadikan ia sebagai satu alasan untuk tidak memberus gigi pula kerana sistem buffer dalam air liur bertindak balas dengan asid yang akan menyebabkan pereputan gigi.

Iklan

2. Air liur juga berfungsi sebagai pelincir di dalam mulut dan membantu mencernakan sebahagian makanan sebelum proses pencernaan yang lengkap berlaku di dalam perut. Ia juga sangat penting untuk melarutkan makanan. Makanan haruslah dilarutkan supaya kita mampu merasa makanan yang dimakan.

3. Air liur juga mampu memberi petanda jika tubuh kekurangan air. Akibatnya, mulut kita akan terasa kering lalu memberikan 'sensasi' dahaga. Itulah petanda supaya kita minum lebih banyak air.

Iklan

Bukan itu sahaja, air liur mengandungi banyak agen antibakteria dan antivirus yang dapat menjaga kesihatan mulut dan badan kerana ia dapat menyembuhkan luka pada mulut kerana ia bertindak sebagai antibiotik.

Baca juga 10 penyakit sebabkan kematian paling banyak di dunia, semuanya sangat sinonim di Malaysia

Wah, ternyata air liur mempunyai banyak fungsi yang sangat penting bagi kita.

Oleh itu, salah satu cara untuk menjaga air liur adalah dengan minum air dengan setiap hari tau!

Minumlah air kosong sekurang-kurangnya 2 liter. Badan menjadi sihat, dehidrasi juga dapat dielakkan. Semoga bermanfaat ilmu yang dikongsikan ini.

#kitajagakita