Air manis meskipun sudah ditambah air kosong, kandungan gula yang masuk dalam badan tetap sama. Hati-hati

December 28, 2020
Oleh Farah Eliani

GULA adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.

Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan yang seterusnya boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.


Obesiti meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari serta beberapa jenis kanser.

Begitu juga kandungan gula di dalam air manis, ia mesti dikawal.

Walaupun sudah rasa air tersebut tawar apabila ditambah air kosong, tetapi ketahuilah bahawa jumlah gula yang masuk dalam badan tetap sama.

Iklan

Apa yang penting adalah jumlah penggunaan gula dalam segelas air, bukan rasa manisnya.

Di kedai makan misalnya, kita akan selalu melihat orang ramai memesan air manis dan pada masa sama turut memesan air kosong.

Iklan

Baca juga Boleh makan ayam, telur, ikan, kicap dan sayur, ini tip penjagaan luka berkhatan

Apabila ditanya kenapa, jawapan yang diberikan adalah “untuk membilas atau counter air manis yang diminum tadi”.

Hakikatnya, jumlah gula yang masuk ke dalam badan adalah sama dan tidak berkurangan walaupun selepas meminum air kosong.

Menambah air kosong ke dalam air manis hanya mengurangkan rasa manisnya sahaja tetapi jumlah gula di dalam gelas tersebut masih sama.

Cara bagi mengurangkan kandungan gula tersebut, anda perlu bahagikan kuantiti air manis tersebut ke dalam gelas kosong lain. Barulah kandungan gula yang masuk dalam badan berkurang.

Jangan hanya sekadar menambah air kosong sahaja tau!

Jadi, berhati-hatilah semua. Ingat, penyakit banyak yang bermula daripada ‘gula’. Moga bermanfaat.

Sumber: Petua Kesihatan

Iklan