KEPADA wanita yang berani, anggun dan mempunyai kelas tersendiri, terdapat satu wangian yang direka khusus untuk anda.

Siri PUCELLE Audacity Eau De Parfum (EDP) iaitu jenama wangian dari Jepun telah mencipta aroma mewah yang diformulasi khas daripada gabungan buah-buahan, bunga-bungaan, kayu-kayan, kasturi dan hijau-hijauan.

Setiap aroma diwujudkan khusus menepati ciri berbeza keperibadian wanita muda yang bebas dan berani dalam mengejar impiannya. Baunya juga tahan lama dan mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja termasuk pelajar kolej atau universiti. Bukan itu sahaja, desain minyak wangi ini juga menggambarkan inti pati Audacity. Ia hadir dengan reka bentuk botol kaca yang moden dan penutup hitam berkilat yang menawan,” kata PUCELLE dalam satu kenyataan.

Siri wangian PUCELLE Audacity itu didatangkan dengan tiga aroma unik iaitu Glimmery, Ascendant dan Valorous.

PUCELLE Audacity Eau De Parfum Glimmery (RM19.90 / 50ml)

-Glimmery adalah formula kompleks yang segar dan akan memberi semangat kepada si pemakai.
-Aroma ini sangat sesuai untuk wanita yang berani dan mempunyai impian. Hanya dengan beberapa semburan, ia akan meninggalkan aroma segar yang tersendiri kepada si pemakai.

PUCELLE Audacity Eau De Parfum Ascendant (RM19.90 / 50ml)
-Sesuai untuk Wanita dengan aura seorang pemimpin. Ascendant mengukuhkan lagi sisi kekuatan dan kebebasan wanita muda yang mampu membentuk sisi kepimpinan dalam organisasi.

PUCELLE Audacity Eau De Parfum Valorous (RM19.90 / 50ml)
-Valorous adalah aroma yang mewakili keberanian. Rumusan kompleks ini menunjukkan potensi yang tidak terhad hanya kepada wanita muda.

Iklan

 

Iklan

Siri PUCELLE Audacity EDP boleh didapati di stor Watsons terpilih dan laman e-dagang Watsons.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri PUCELLE Audacity EDP yang baharu, layari www.instagram.com/pucelle_my.