Berasa kram ketika haid, ketahui 4 perkara lain yang mampu menyebabkan keadaan semakin teruk

December 7, 2021
Oleh Nurul Fadila Awaludin

BEBERAPA bahagian anggota tubuh badan wanita akan berasa sakit apabila datang bulan atau haid.

Rasa sakit seperti pada bahagian perut, pinggang dan belakang badan antara satu kebiasaan yang dialami oleh wanita setiap bulan.

Situasi itu lantas menjejaskan emosi dan kualiti aktiviti seharian selain menyebabkan rasa mudah penat.

Hal ini kerana berlakunya tindak balas pada bahagian otot yang menjadi punca berlakunya kekejangan.

Memang benar kesakitan yang dialami itu bersifat semula jadi, namun terdapat beberapa hal lain turut boleh dikaitkan kekejangan menjadi lebih teruk.

Berikut empat hal yang terkait:

1. Stres

Tekanan emosi atau stres boleh mengakibatkan rasa kejang ketika haid menjadi lebih teruk. Menurut kajian, wanita yang mengalami stres sekitar dua minggu sebelum haid akan mengalami masalah kekejangan ketika haid berbanding tidak stres.

Iklan

2. Gula

Sebaiknya cuba elakan daripada mengambil makanan yang mengandungi gula tambahan. Hal ini kerana makanan manis seperti coklat, kek dan biskut akan menyebabkan masalah kembung perut dan angin.

3. Makanan segera

Iklan

Disebabkan rasa mudah letih dan penat, pengambilan makanan segera pastinya akan menjadi pilihan kerana lebih cepat dan mudah. Namun, makanan segera, bergoreng dan berlemak akan menyebabkan rasa kejang pada bahagian perut dan anggota badan bertambah.

4. Kafein

Minuman kafein seperti kopi memang menjadi kegemaran ramai orang. Bagaimanapun, pengambilan makanan yang mengandungi kafein yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan kadar estrogen atau hormon wanita. Oleh itu, disarankan agar tidak mengambil minuman kafein yang tinggi.

 

Sumber:CNN Indonesia

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *