RATA-RATA di antara kita akan cuba mengelak untuk makan makan kerana takut gemuk. Betul tak?

Sebenarnya, mengikut pakar kesihatan, makan malam dapat memberi faedah kepada kesihatan tubuh badan. Namun, kena ikut waktu yang tepat.

Menurut satu penyelidikan yang diterbitkan oleh Persatuan Endokrin baru-baru ini, mereka menyatakan, makan malam lebih awal dapat membantu membakar lemak dan mengawal gula dalam darah.

Beberapa penyelidik dari Universiti Johns Hopkins pula turut menjalankan kajian sedikit lebih kurang serupa. Mereka antara lain ingin mengetahui sama ada makan lewat malam mempengaruhi metabolisme dan membawa kepada kegemukan serta kesan yang berlaku jika seseorang makan malam lebih awal.

Seramai 10 lelaki yang sihat dan 10 wanita yang sihat diambil sebagai responden dalam kajian itu.

Semua responden telah diminta untuk makan pada jam 10 malam (bukan jam 6 petang seperti yang disarankan). Semua peserta tidur diminta tidur pada jam 11 malam.

Hasilnya, makan terlalu larut malam menjadikan kadar gula dalam darah lebih tinggi dan jumlah lemak yang dibakar kurang.

Apatah lagi mereka makan makanan yang biasanya dimakan untuk makan malam.

Rata-ratanya, kadar gula dalam darah peserta meningkat sehingga 20 peratus dan jumlah lemak yang dibakar menurun sebanyak 10 peratus berbanding orang yang makan malam sebelumnya.

Selain itu, para penyelidik juga menyimpulkan bahawa waktu makan malam mempengaruhi metabolisme.

Walaupun makan pada waktu malam memberi kesan pada kadar metabolisme, itu tidak bermaksud anda harus menjauhinya.

Ia kerana penyelidik Universiti Johns Hopkins berkata, makan pada waktu malam tetap bermanfaat selagi ia dilakukan pada waktu yang tepat.

Menurut portal Perubatan Barat Daya pula, waktu makan malam tidak boleh melebihi daripada 4 hingga 5 jam selepas makan tengah hari.

Oleh itu, sekiranya anda makan tengah hari pada pukul 1, ia bermakna anda boleh makan malam lebih awal iaitu pada jam 5 hingga 6 petang.

Namun demikian, perhatikan bahagian makanan pada setiap hidangan. Ingat, jangan makan terlalu banyak tetapi jangan pula terlalu sedikit.

Kebanyakan orang makan terlalu banyak pada waktu malam kerana mereka tidak makan dengan betul pada waktu siang, kata penyelidik berkenaan.

Secara semula jadinya, kita pasti akan berasa lapar antara dua kali makan.

Iklan

Untuk mengisi perut yang lapar itu, sediakan makanan ringan sihat yang kaya dengan serat yang akan boleh membantu kita kenyang lebih lama setiap jam iaitu pada 10 pagi, 3 petang dan beberapa jam sebelum tidur.

Sekiranya terpaksa makan lewat malam, pastikan anda tidak makan selepas jam 10 malam. Biarkan tiga jam antara makan malam dan waktu tidur kerana makan malam sebelum tidur boleh mengganggu kualiti tidur anda.

MAKANAN TERBAIK MAKAN MALAM

Selain mematuhi waktu makan malam lebih awal, kita juga perlu memperhatikan jenis makanan yang dimakan kerana ada sesetengah hidangan tertentu mempunyai rendah kalori, tetapi sebenarnya boleh membuatkan kita berasa lapar di tengah malam.

Berikut adalah beberapa hidangan terbaik untuk mengisi makan malam anda:

1. Salad.
Salad bukan sahaja mempunyai rendah kalori, tetapi juga kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Serat akan memberikan rasa kenyang lebih lama selain membantu untuk menurunkan berat badan. Namun demikian, pastikan kita tidak makan salad bersama sos.

2. Ayam, daging dan telur.
Sumber protein seperti ayam, daging dan telur akan membantu anda kenyang lebih lama. Bukan itu sahaja, makan malam dengan protein (mencukupi) juga menghalang anda makan makanan yang tidak sihat.

Iklan

3. Biji gandum.
Biji-bijian seperti bijirin (oat), beras perang dan roti gandum adalah sumber serat terbaik. Serat di dalamnya akan memberikan rasa kenyang, membantu menurunkan berat badan dan menjaga kadar gula dalam darah terkawal.

4. Pasta.
Pasta boleh dijadikan sebagai hidangan yang tepat untuk melengkapkan hari anda. Makanan berkenaan mengandungi karbohidrat, lemak dan protein. Menariknya, kita boleh menambah bahan-bahan lain mengikut cita rasa kita untuk menjadikan hidangan itu lebih sihat.

Makan malam boleh mempengaruhi metabolisme, berat badan dan kadar gula darah. Kesannya berbeza bergantung kepada tabiat pemakanan masing-masing.

Oleh itu, untuk mendapatkan faedah makan malam, kuncinya adalah makan lebih awal dan pilihlah makanan yang sihat.

Sumber: hellosehat.com