PERUBAHAN warna rambut manusia yang memutih atau istilah mudahnya, beruban sering dikaitkan dengan peningkatan usia.

Seiring dengan pertambahan umur juga, uban akan tumbuh sedikit demi sedikit sebelum mendominasi keseluruhan rambut.

Bagaimanapun, ramai yang membuat kesimpulan bahawa perubahan rambut yang beruban turut disebabkan oleh gangguan stres, merokok dan masalah genetik.

Situasi itu adakalanya membuatkan seseorang panik semacam terutama dalam kalangan wanita. Mereka berasakan keadaan itu boleh ‘mengganggu’ keterampilan.

Apa yang mereka biasa lakukankan adalah segera mencabut uban yang tumbuh!

Namun, tahukah anda tindakan refleks itu sangat tidak digalakkan. Berikut SinarPlus senaraikan mengapa anda jangan mencabut rambut uban:

1. Merosakkan tekstur rambut

  • Mancabut rambut uban secara paksa akan menyebabkan pertumbuhan rambut baharu terganggu.
  • Apabila rambut baharu tumbuh, ia akan menyebabkan ia (rambut) menjadi lebih kusut.

2. Tidak langsung menghilangkan rambut uban

  • Jangan mudah tertipu apabila mencabut rambut uban akan dapat menghalang ia untuk tumbuh semula.
  • Tahukah anda, apabila mencabut rambut uban secara paksa, folikel rambut pada bahagian kulit kepala yang masih hidup menyebabkan pertumbuhan semula rambut uban.

3. Merosakkan kulit kepala

Iklan
  • Apabila rambut dicabut secara paksa, bahagian folikel rambut akan menjadi rosak dan ini akan menyebabkan bahagian kepala botak dan tidak ditumbuhi rambut lagi.

4. Rambut semakin menipis

  • Mencabut rambut uban kadangkala akan membuatkan kita berasa asyik sehinggakan tidak berasa rambut uban yang dicabut semakin banyak.
  • Berikutan itu tanpa sedar, kita telah menyebabkan keadaan rambut semakin menipis disebabkan berlakunya masalah gangguan akar rambut.
  • Paling bahaya, jika anda mencabut rambut dan terdapat kesan merah pada bahagian akar.
  • Itu bermakna anda telah ‘mencederakan’ bahagian pembuluh darah pada bahagian rambut.
    Jika hal ini berlanjutan, kemungkinan rambut tidak lagi dapat tumbuh pada bahagian tersebut.

Oleh disebabkan itu, hal utama yang perlu diberi perhatian adalah penjagaan rambut.

Elakkan juga daripada mengguakan bahan kimia yang berlebihan termasuk produk perawatan rambut.

Iklan

Selain itu, hindari daripada terdedah kepada cahaya matahari terlalu kerap dan amalkan pemakanan sihat seperti ikan salmon, sayur bayam, jambu batu dan kayu manis.

Selamat mencuba!

Nota kaki: Ada juga kata, kalau rambut beruban satu kepala, lagi nampak class! Tak tahulah, terpulang pada mata masing-masing 🙂