NUDESTIX baru-baru ini memperkenalkan edisi terhad Smokey Nude Glow Kit yang direka khas untuk penampilan lebih segar dan tampak semula jadi.

Pengasas Bersama jenama alat solek terkemuka dunia itu, Taylor Frankel telah menggunakan segala pengetahuannya untuk menterjemahkan kecantikan asli wanita melalui inovasi terbaharunya itu.


Smokey Nude Glow Kit mengandungi:

Magnetic Nude Glimmers | 24K Goddess: Sesuai untuk menampakkan kulit lebih bercahaya dan kelihatan lembap. Warna emas yang berkilauan tulen pasti menaikkan seri wajah.

Magnetic Plush Paint | Saint Tropez: Sesuai dioles sebagai pemerah pipi, pembayang mata dan warna bibir lembut.

Magnetic Luminous Eye | Rustique & Immortal: Pensel mata 4 dalam 1 yang boleh digunakan sebagai bayangan mata, kelopak mata, eye liner atau highlighter untuk mendapatkan kilauan semula jadi pada wajah.

Iklan

Gel Color Lip | Tay Tay: Berfungsi untuk menghidratkan kulit dan bibir. Paling penting, ia tidak melekit.

Intense Matte Lip | Fringe: Sesuai digunakan sebagai gincu, lipliner atau pipi.

Iklan

Smokey Nude Glow Kit dijual di kedai Sephora di seluruh negara. Keterangan lanjut, layari Instagram @nudestix.