KEPADA semua rakyat Malaysia, jangan sesekali memandang enteng tentang kebersihan diri.

Ingat ya, virus Covid-19 masih menular dengan hebat sekarang ini. Sikap sambil lewa hanya memakan diri sendiri.

Okey, bercerita tentang soal kebersihan, kita sememangnya sangat digalakkan untuk mandi terlebih dulu selepas keluar ke mana-mana.

Mengapa? Ini kerana kita perlu mencuci badan kita daripada sebarang kekotoran terutamanya virus yang mustahil dilihat dengan mata kasar.

Melihat keperluan itu dan bagi menggalakkan amalan penjagaan kebersihan diri yang lebih baik dan sihat dalam kalangan rakyat Malaysia, Lifebuoy telah menambah dua varian baharu ke dalam rangkaian sabun mandi antibakteria.

Ia terdiri daripada Lifebuoy Shiso & Pink Clay Bodywash dan Lifebuoy Sea Mineral & Salt Bodywash yang dirumus secara khusus bagi menghapuskan kuman yang terdapat pada kulit.

 

Menurut Pengarah Pemasaran Lifebuoy Malaysia, Lenny Chuah, semua produk berkenaan dihasilkan bertujuan untuk membunuh 99.9 peratus kuman.

“Diinspirasikan oleh kebaikan semula jadi herba Shiso Jepun, Lifebuoy Shiso & Pink Clay Bodywash berupaya membersih kulit dan menghapuskan kuman punca jerawat sepenuhnya sekali gus menjadikan tona kulit lebih sekata.

“Sementara itu, Lifebuoy Sea Mineral & Salt Bodywash yang dihasilkan daripada mineral laut, membantu menyucikan kulit daripada kuman dan bahan pencemar, boleh menjadikan kulit bersih dan lembap seluruhnya,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

“Pendek kata, varian Lifebuoy Shiso & Pink Clay Bodywash dan Lifebuoy Sea Mineral & Salt Bodywash kini menawarkan segala yang terbaik dengan bahan-bahan selamat dan semula jadi yang dapat mengekalkan kelembapan dan melindungi kulit daripada kuman,” katanya.

Iklan

 

 

Iklan

Untuk pengalaman yang terbaik, basahkan loofah dan letakkan dua atau tiga titis sabun mandi berkenaan ke atas loofah tersebut. Kemudian, ratakan buihnya ke seluruh badan dan bilas.

Lifebuoy Shiso & Pink Clay Bodywash dan Lifebuoy Sea Mineral & Salt Bodywash boleh didapati di kedai-kedai biasa dan kedai dalam talian Watsons, Guardian, Shopee dan Lazada.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila ikuti Lifebuoy menerusi Facebook https://www.facebook.com/LifebuoyMalaysia dan Instagram (@lifebuoymalaysia).