CANTIK, manis dan elegan.

Tiga elemen tersebut terserlah apabila isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che Puan Khaleeda Bustamam menggayakan busana tradisional.

Menerusi sekeping foto yang dimuat naik dalam laman sosial Instagram peribadi semalam, Che Puan Khaleeda berkongsi penampilannya menyarungkan baju kurung songket bunga tabur.

“Dua perkataan menggambarkan baju kurung busana tradisional kita, klasik dan malar segar,” tulis Che Puan Khaleeda ringkas di Instagram @ymchepuankhaleeda semalam.

Biarpun tanpa perincian yang sarat dan potongan berlebihan, baju kurung berasaskan tekstil warisan negara itu masih tampak anggun.

Tambahan pula, Che Puan Khaleeda bijak menyuntik keseimbangan gaya apabila memadankan bersama tas tangan rona kuning diraja dan sepatu warna putih.

che puan khaleeda
CHE PUAN KHALEEDA tampak anggun dalam persalinan baju kurung songket bunga tabur yang dipadankan bersama tas tangan kuning diraja.

Sementara itu, dandanan rambut bersanggul kemaspula menjadi pilihan ibu kepada tiga cahaya mata tersebut.

Posting berkenaan mendapat lebih 50,000 jumlah likes dan ratusan komen daripada warga maya yang rata-ratanya terpana dengan penampilan Che Puan Khaleeda.

Antara komen para pengikut yang singgah di Instagram @ymchepuankhaleeda ialah:

@annmizi67: Teramat anggun.
@nrinznl: Cantik Che Puan.
@ririnnihaya: True wanita melayu cantik.
@nurul_fadzilahnoordin: Bidadari!

che puan khaleeda
BUSANA tradisional seperti baju kurung sering menjadi pilihan Che Puan Khaleeda apabila menghadiri majlis-majlis rasmi.

Pun begitu, ini bukanlah kali pertama kerana pada kebanyakan majlis rasmi sebelum ini Che Puan Khaleeda sentiasa kelihatan manis dan ayu dalam persalinan busana tradisional khususnya baju kurung.

Iklan

Direkodkan, Che Puan Khaleeda dan Tunku Ismail telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2014.

Pasangan diraja itu dikurniakan seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan dua putera bernama Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail.

Iklan

 

che puan khaleeda TMJ
BAHAGIA. Pasangan diraja yang bernikah pada tahun 2014 dikurniakan seorang puteri dan dua putera. 

 

Sumber: Instagram @ymchepuankhaleeda