MEMILIKI badan yang ideal adalah impian semua orang terutamanya buat wanita mahupun barisan selebriti.

Baru-baru ini, penampilan seorang penyanyi dan penulis lirik dari negara seberang, Melly Goeslaw menjadi bualan ramai.

Masakan tidak, dulu beliau dikatakan mempunyai berat badan berlebihan, kini tampil bergaya dengan baju bersaiz M!

Kini, pelantun lagu Ketika Cinta Bertasbih itu kelihatan sangat langsing dan semakin yakin dengan dirinya sendiri.

Melalui entri di Instagram miliknya, pada awal Februari lalu, Melly telah memuat naik foto dirinya sambil menulis bahawa tubuhnya kini lebih kurus dan sihat.

Rahsianya adalah beliau menjalani program diet dengan seorang doktor pemakanan yang terkenal iaitu Dr Cissie Nugraha.

Melly Goeslaw (kiri) bersama Dr Cissie Nugraha (kanan).

“Saya secara berkala akan berjumpa dengan doktor iaitu setiap seminggu sekali.

“Sebenarnya, saya tidak pernah menggunakan apa-apa jenis produk sekalipun, proses diet saya dibantu oleh doktor pemakanan sahaja,” tulisnya.

Pun demikian, dalam entri sama, Melly tidak mengira berapa kilogram penurunan berat badan yang telah dilaluinya.

Iklan

Melly hanya mengatakan bahawa sekarang saiz gaunnya telah banyak berubah.

“Dulu saya berukuran XXL, sekarang sudah bertukar menjadi saiz M,” tulisnya.

Bagaimanapun, ujar Melly, banyak produk pelangsingan badan dan diet yang mengaitkan namanya secara sembarangan seolah-olah dirinya mengamalkan produk tersebut.

“Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah menggunakan produk itu. Hasil penurunan berat badan kini benar-benar hanya dikendalikan oleh Dr Cissie Nugraha sahaja,” jelas Melly lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Melly Goeslaw (@melly_goeslaw)

Iklan

Jadi, buat pembaca SinarPlus di luar sana, jangan sesekali mencuba produk-produk yang tidak mendapat kebenaran dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ingat, semak dahulu sebelum menggunakannya. Sebaik-baiknya, berjumpalah dengan doktor kerana mereka lebih arif membantu merangka pelan diet seharian anda.

Foto: Instagram @melly_goelaw