MEMILIKI jerawat di wajah adalah perkara yang paling tidak disukai bagi gadis dan wanita.

Selain penampilan wajah yang kurang menyakinkan, mereka juga perlu mengelakkan daripada memakai alat solek agar jerawat tidak bertambah buruk.

Jerawat yang tumbuh disebabkan oleh pelbagai masalah, salah satunya disebabkan oleh pengeluaran minyak yang berlebihan di wajah.

Selain itu, terdapat kotoran dalam pori-pori wajah mungkin kerana pengambilan produk yang tidak sesuai dengan kulit.

Untuk merawat jerawat yang muncul di wajah, korang hanya perlu guna bahan alami iaitu daun jambu batu yang memiliki zat antibakteria yang baik untuk perawatan kulit.

Ini cara membuat ramuan daun jambu batu.

Bahan diperlukan;

  • 4 helai daun jambu batu
  • Air

Cara membuatnya;

1. Sediakan 4 helai daun jambu batu ke dalam bekas.

2. Kemudian masukkan 3 sudu besar air dan tumbuk hingga rata.

3. Setelah selesai, sapukan campuran tersebut ke bahagian wajah di tempat jerawat.

Iklan

4. Biarkan selama kira-kira 15 minit.

5. Kemudian bilas menggunakan air.

6. Untuk menghilangkan jerawat dengan cepat, lakukan kaedah ini secara kerap.

Iklan

Baca juga Elemen minimalis, pleat Larney ideal untuk hijabi

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Sumber: Fimela