DUTCH Lady, jenama nombor satu rangkaian produk susu cecair dan susu tepung keluarga sejak tahun 1963 memperkenalkan wajah baharu yang lebih segar baru-baru ini.

Menurut Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad, Tarang Gupta, pembaharuan itu turut merangkumi resipi yang ditambah baik dengan dilengkapi nutrien seperti protein untuk pertumbuhan badan dan otot, kalsium (perkembangan tulang) dan vitamin seperti vitamin A, B2 dan D3 yang merangsang badan kekal sihat.

“Demi menyokong usaha melestarikan alam sekitar, setiap pek Dutch Lady boleh dikitar semula kerana ia diperbuat daripada bahan pembungkusan dari hutan yang diperakui oleh Forest Stewardship Council dan sumber terkawal lain.

Iklan

“Pek baharu Dutch Lady juga akan mempunyai maklumat langkah-langkah untuk mengitar semula. Pengguna juga boleh mengimbas kod QR yang tertera pada pek berkenaan untuk dapat info lanjut,” katanya.

Iklan

Produk susu Dutch Lady boleh didapati di semua pasar raya dan platform e-dagang. Untuk maklumat lanjut, layari www.dutchlady.com.my.