Alahai cantik, comel selebriti wanita bergaya sedondon dengan anak

fesyen
December 7, 2020
Oleh Izyan Liyana

USAHAWAN dan isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri pernah berkongsi cerita minatnya pada kecantikan dan fesyen bukan disebabkan status suami.

Sebaliknya, kecintaan itu berputik sejak zaman kanak-kanak yang mana ibunya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin mendidik beliau dan tiga adik lelaki supaya tampil kemas, segak dan bergaya.

Biarpun sudah mendirikan rumah tangga, nampaknya rutin 'melaram' ibu kepada seorang cahaya mata, Jeanelle Nika Mandagie berusia tiga tahun masih sama.

Buktinya, lihat sahaja kepingan foto yang memenuhi feed laman sosial Instagram peribadi @ninaismailsabri.

Anak sulung kepada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakob itu sentiasa tampil elegan, menawan dan kasual mengikut destinasi atau acara dihadiri.

Iklan

Bahkan, Nina juga gemar menyarungkan pakaian sedondon khususnya bersama Jeanelle.

NINA JOVIAN
NINA gemar bergaya sedondon bersama suaminya, Jovian dan Jeanelle terutamanya pada hujung minggu.

"Ia sekadar suka-suka sahaja supaya penampilan kelihatan cantik dalam foto #OOTD (Outfit Of The Day).

Iklan

"Lazimnya, kami akan tampil sedondon khususnya dari segi warna ketika bersantai pada hari Ahad," jelas Nina dalam satu temu bual di butik Jovian Mandagie, Bangsar, Kuala Lumpur.

Selain Nina, beberapa selebriti tempatan lain juga mempraktikkan konsep yang sama bersama permata hati mereka baik anak lelaki mahupun perempuan.

Antaranya, Scha Alyahya dan anaknya, Lara Alana Ahmad Awaluddin; Rozita Che Wan dan Aishah Dhia Rana dan Datin Seri Zizie Ezette bersama lima anaknya.

rozita zizie
ROZITA (kanan) dan Zizie antara selebriti yang sentiasa melaram pakaian sama warna bersama anak-anak.

Sumber: Instagram selebriti