SUSULAN berkurangnya penganjuran acara sosial dan majlis keraian berikutan pandemik Covid-19, secara tidak langsung menyebabkan graf pemintaan pada variasi busana mencatatkan penurunan.

Justeru, enggan membiarkan situasi tersebut menjejaskan industri fesyen negara jenama lokal, Larney mengambil langkah proaktif menampilkan koleksi baharu, Capsule 2020.

Biarpun gelombang wabak itu belum kelihatan surutnya, namun matlamat Larney adalah ingin memastikan golongan wanita khususnya pencinta fesyen kekal bergaya waima ke pasar raya.

Menurut Pengasas Larney, Zura Zaibidi, sejak penularan Covid-19 kaum Hawa banyak menghabiskan masa di rumah dan hanya keluar untuk bekerja.

FESYEN TUDUNG HIJAB
ZURA (gambar kecil) menyifatkan koleksi busana Capsule 2020 yang hadir dalam rekaan terkini ideal digayakan wanita bertudung ataupun tidak.

“Menyedari hakikat itu, Larney memperkenalkan koleksi Capsule 2020 iaitu seleksi pakaian yang ideal dan minimalis digayakan ke mana saja dan pada bila-bila masa.

“Koleksi kali ini (Capsule 2020) lebih praktikal dan masih mengekalkan signatur Larney supaya wanita hijabis ataupun yang tidak bertudung berasa yakin, berani dan bebas tatkala menyarungkannya.

“Selain itu, selari dengan keadaan ekonomi ketika ini, koleksi Capsule 2020 dijual pada harga yang amat berpatutan,” katanya kepada SinarPlus baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Zura menjelaskan bahawa siri koleksi baharu itu mengetengahkan rekaan minimalis dan ideal dipraktikkan konsep suai dan padan, baik bersama tudung, aksesori mahupun pelengkap gaya pilihan.

Bukan sahaja selesa, koleksi Capsule 2020 menerapkan elemen kasual, santai dan feminin. Satu daripadanya blaus dan skirt rekaan pleat atau lipatan nuansa polos.

Meskipun tanpa corak yang sarat, seleksi item pleat tampak lebih menyerlah apabila digayakan bersama tali pinggang dan blaus konsep potongan puff (gelembung) pada bahagian lengan.

FESYEN TUDUNG HIJABSelain itu, koleksi Capsule 2020 juga terdiri daripada skirt Venti, skirt Tia Pleated Pencil dan skirt Bella. Ini termasuklah blaus Venti Puffed Tia Blazer dan Grande Puffed.

Dalam pada itu, bagi menyuntik kepelbagaian fesyen dalam kalangan wanita, Larney turut berkolaboratif bersama jenama turban, Ilham Echenta.

Menerusi menerusi kempen Women Who, Larney dan Ilham Ecenta menghasilkan koleksi turban dan hijab sedia pakai berasaskan fabrik pleat.

Iklan

Koleksi hijab itu dijual pada harga RM129 dengan pelbagai warna pastel menawan seperti merah jambu biru, kelabu, lavender, hitam dan hijau.

FESYEN TUDUNG HIJAB“Buat wanita di luar sana, jangan lepaskan peluang memiliki koleksi Capsule 2020 yang membantu menjadikan penampilan anda kelihatan hebat, unik dan istimewa, sekali gus memukau mata mereka yang memandang.

“Jangan sesekali menjadikan Covid-19 alasan atau penghalang untuk wanita berhenti melaram menyarungkan koleksi pakaian diminati. Paling penting, pilih busana yang selesa, bersesuaian dengan personaliti dan membantu meningkatkan keyakinan diri,” titip Zura.

INFO

Iklan

FESYEN TUDUNG HIJAB

Koleksi Capsule Larney
Saiz: S, M, L, XL
Harga: RM139 hingga
RM289
Instagram: @larneyofficial
Web: www.larney.com.my