Geng diet kembalilah ke pangkal jalan. Buat 5 resipi sarapan pagi berkhasiat dan seimbang

Geng diet kembalilah ke pangkal jalan. Buat 5 resipi sarapan pagi berkhasiat dan seimbang
May 18, 2021
Oleh Farah Natasya

 

SELEPAS  hampir seminggu kita menyambut Aidilfitri, pastinya pelbagai makanan yang di makan. Ketupat, lemang dan rendang serta kuih muih mempunyai kandungan lemak, karbohidrat dan kalori tinggi tentunya menjadi santapan. Untuk yang sedang berdiet, pastinya raya menjadi ‘cheat day.’

Masih belum terlambat untuk kembali mengamalkan pemakanan sihat. Pilih sajian yang berkhasiat untuk kekal fit.


Sarapan pagi adalah salah satu waktu makan yang penting. Ia membantu membekalkan tenaga untuk tubuh badan agar dapat menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan aktif. Cukup-cukuplah dengan sajian raya, jom kembali kepada rutin pemakanan seimbang,

Bersama ini SinarPlus berkongsi lima menu sihat untuk sarapan pagi.

 

Geng diet kembalilah ke pangkal jalan. Buat 5 resipi sarapan pagi berkhasiat dan seimbang

LEMPENG PISANG

Iklan

Bahan-bahan
2 biji pisang
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
½ cawan oat
1 sudu besar serbuk kayu manis
Minyak zaitun

Cara penyediaan
1. Lenyek pisang di dalam mangkuk yang besar.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan gaul sebati.
3. Gaulkan bersama oat dan serbuk kayu manis hingga sebati.
4. Panaskan kuali leper yang disapu sedikit minyak zaitun kemudian sendukkan bancuhan pisang ke atas kuali.
5. Goreng sehingga kuning keemasan dan hidangkan bersama hirisan pisang.

Iklan

 

Geng diet kembalilah ke pangkal jalan. Buat 5 resipi sarapan pagi berkhasiat dan seimbang

TROPIKA SMOOTHIE

Bahan- bahan
I biji pisang (dibekukan)
1 cawan buah pic (dibekukan)
1 cawan nanas (dibekukan)
1 cawan susu badam
1 ikat sayur kale (dipotong halus)

Cara penyediaan
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisarkan sehingga halus.
2. Minum setiap pagi. Ia amat berkhasiat dan mengenyangkan!

 

Geng diet kembalilah ke pangkal jalan. Buat 5 resipi sarapan pagi berkhasiat dan seimbang

MUFIN OAT

Bahan – bahan
1 ½ cawan oat
1 biji pisang
1 biji telur
1 cawan greek yogurt
¼ cawan sirap mapel
½ cawan susu badam
I sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil serbuk kayu manis
Sedikit garam

Hiasan
Buah strawberi
Buah blueberi
Buah apple
Cip coklat gelap
Kekacang
Buah kering

Cara penyediaan
1. Lenyekkan pisang dan masukkan telur, esen vanilla, sirap mapel dan susu badam. Kacau sehingga sebati
2. Masukkan yogurt dan kacau sedikit sebelum masukkan oat, serbuk penaik, serbuk kayu manis dan secubit garam. Kacau sebati.
3. Masukkan 1 skop sebatian tadi ke dalam acuan mufin dan taburkan hiasan yang berbeza.
4. Bakar selama 30 minit dengan suhu 180 darjah Celcius.
5. Siap untuk dihidang.

 

Geng diet kembalilah ke pangkal jalan. Buat 5 resipi sarapan pagi berkhasiat dan seimbang

LEMPENG TOMATO

Bahan 1
½ cawan cendawan
½ cawan tomato
Serbuk lada hitam
1 labu bawang putih
2 cawan bayam
Secubit garam
Minyak zaitun

Bahan 2
¾ cawan tepung kacang kuda
1 ½ sudu yis
½ sudu serbuk penaik
½ sudu serbuk bawang putih
½ sudu serbuk kunyit
1 sudu cuka epal
¾ cawan susu badam

Cara penyediaan
1. Goreng cendawan dan tomato menggunakan sedikit minyak zaitun kira-kira dua minit.
2. Masukkan secubit garam, serbuk lada hitam, bawang putih dan sedikit minyak zaitun.
3. Goreng sehingga menjadi warnanya bertukar keemasan sebelum memasukkan bayam. Kemudian ketepikan.
4. Masukkan pula bahan 2 ke dalam mangkuk yang besar dan gaul sebati.
5. Panaskan kuali leper bersama sedikit minyak zaitun dengan api sederhana. Ratakan sesenduk adunan lempeng ke atas kuali.
6. Apabila ia sedikit garing, letak gorengan bahan-bahan 1 tadi di atasnya dan biarkan sebentar.
7. Tutup api dan biarkan selama lima minit di dalam kuali yang bertutup.
8. Sedia dihidang.

 

Baca juga: Jus nanas mudah disediakan, penuh khasiat. Sedap dan segar!

 

Geng diet kembalilah ke pangkal jalan. Buat 5 resipi sarapan pagi berkhasiat dan seimbang

FRENCH TOAST BLUEBERRY

Bahan-bahan
2 keping roti (dipotong dadu)
2 sudu besar susu
¼ serbuk kayu manis
½ sudu esen vanila
Buah beri biru

Cara penyediaan
1. Campurkan susu, serbuk kayu manis dan esen vanila. Kacau sebati.
2. Letakkan roti ke dalam mug tahan panas dan taburkan buah beri biru.
3. Tuangkan campuran susu tadi ke dalam mug dan masak menggunakan microwave selama 2 minit.
4. Hidangkan bersama madu.

Mudah sahaja menyediakan sajian berkhasiat. Kalau korang nak sihat, jangan pandang rendah pada sarapan pagi dan ambillah sajian seimbang sebagai menu. Sesibuk manapun, pastikan kita mengambil makanan yang berkhasiat.

Sumber: BuzzFeed

Iklan