JIKA anda berdepan dengan perubahan warna pada gigi dan kesan kotoran, ubat gigi Fresh & White Volcanic Whitening merupakan antara solusi terbaik untuk mengatasinya.

Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Oral Southern Lion Sdn Bhd, Mandy Tan berkata, produk baharu tersebut dirumus dengan mineral gunung berapi Jepun dan ejen pemutih berteknologi terkini yang turut berfungsi untuk memutihkan gigi secara efektif.

Selain itu, ia juga memberi kelembutan pada enamel gigi, sekali gus membolehkan pengguna memperoleh senyuman lebih berseri sepanjang masa. Ujar Mandy, berdasarkan satu set ujian yang dijalankan, individu yang menggunakan ubat gigi Fresh & White Volcanic Whitening berkesan menyingkirkan pembentukan kotoran degil pada enamel gigi artifisial.

“Produk ini juga mempunyai teknologi Perisai Antigula yang diperkukuhkan dengan dua kali ganda kandungan dwifluorida,“ kata beliau dalam satu kenyataan baru-baru ini. Ubat gigi terkini itu juga dilengkapi dengan kesegaran pudina yang boleh menjadikan mulut dan nafas rasa lebih bersih dan segar, walaupun ketika memakai pelitup muka.

“Cubalah selama 14 hari dan anda akan nampak perbezaannya,“ ujarnya.

Iklan

BACA JUGA Berapa banyak ubat gigi nak pakai, doktor ini dedah caranya

Iklan

Untuk keterangan lanjut, layari http://freshandwhite.com.my.