Guna bahan semula jadi 100 peratus, masker Botanics Floral Sheet Mask sesuai untuk jenis kulit

October 24, 2021
Oleh Lynn Mazlina

KEPADA wanita yang teliti dalam aspek penjagaan wajah, sekurang-kurangnya mereka akan memakai masker atau pelembap muka seminggu sekali.

Justeru, kepada kaum Hawa yang ingin mengubah angin, apa kata beralih kepada koleksi baharu Botanics Floral Sheet Mask daripada Mentholatum.

Berbeza dengan yang ada di pasaran, ia diperbuat daripada bahan semula jadi termasuk bunga-bungaan.

Selain membantu wanita mengekalkan keremajaan, inovasi terkini itu juga membantu memberi keserian kulit. Ia sesuai untuk semua jenis kulit.

Koleksi Botanics Floral Sheet Mask hadir dalam tiga varian iaitu Swiss Edelweiss Anti-Oxidizing Mask, French Calendula Soothing Mask dan Damask Rose Hydration Mask.

Berikut adalah perinciannya:

Swiss Edelweiss Anti-Oxidizing Mask


•Swiss Edelweiss mengandungi sifat antioksidan yang membantu melindungi wajah daripada pencemaran dan tekanan persekitaran.
•Ekstrak Kakadu Plum yang kaya dengan sumber vitamin C akan menyerlahkan keremajaan pada kulit. Sementara, asid hyaluronic membantu melembapkan kulit secara mendalam untuk penghidratan yang berpanjangan.

Iklan

French Calendula Soothing Mask


•French Calendula antara lain membantu melega dan menenangkan kulit sensitive.
•Kandungan betainenya pula membantu mencegah kehilangan kelembapan dan memastikan kulit para pemakainya sentiasa terhidrat, licin dan anjal.

Damask Rose Hydration Mask


•Damask Rose merupakan air bunga yang diekstrak bagi menghidup dan menyuburkan kulit kering

Iklan

Selain itu, Mentolatum Botanics Floral Sheet Mask juga bersifat ringan, bebas alkohol, pewarna dan minyak mineral.

Menariknya lagi, masker lembaran bunga itu juga mampu menyerap kelembapan 15 kali ganda daripada berat patinya sendiri.

Cara penggunaannya adalah seperti berikut:

1. Pakai masker lembaran pada wajah yang bersih dengan membuka dan ratakan masker dengan lembut ke seluruh wajah.
2. Tanggalkan selepas 10-15 minit.
3. Urut lembut sisa-sisa pati pada wajah dan leher sehingga diserap sepenuhnya.

Tingkatkan kecantikan kulit anda dengan Mentholatum Botanics Floral Sheet Mask baharu.

Dijual pada harga RM8.50 sekeping, produk hebat itu boleh didapati di Guardian, Aeon Wellness dan kedai dalam talian seperti di Lazada, Shopee dan Hermo.

About Lynn Mazlina

Biodata Penulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *