SELALU kita dengar atau lihat mengenai mitos halia itu bagus untuk kesihatan manusia.

Ini sebenarnya adalah disebabkan oleh sifat halia (Zingiber officinale Roscoe) itu sendiri yang bersifat antiradang dan antioksidan.

Keradangan merupakan satu fungsi semula jadi untuk melindungi tubuh. Kuman, bahan kimia dan diet yang tidak sihat boleh menyebabkan berlakunya terlalu banyak keradangan dan boleh mendatangkan bahaya kepada diri.

Pengambilan halia boleh membantu menghalang dan menyembuhkan keradangan. Terdapat kajian yang mengatakan halia juga boleh mengurangkan reaksi alahan yang disebabkan keradangan.

Selain itu, halia dikatakan boleh membantu mencegah penyakit jantung, penyakit neurodegeneratif seperti parkinson, alzheimer, dan huntington, kanser dan simptom penuaan. Antioksida melawan spesis oksigen reaktif (ROS) yang dihasilkan tubuh secara semula jadi.

Pemilihan gaya hidup yang tidak sihat, seperti pengambilan alkohol terlalu banyak, merokok atau alami masalah tekanan kronik membuatkan tubuh menghasilkan ROS dengan lebih banyak.

Menurut Hellodoktor, pengambilan makanan dan minuman dengan antioksidan seperti halia, boleh membantu mencegah dan melawan kesan sampingan negatif ROS (tekanan oksidatif dan merosakkan sel-sel tubuh).

Mencegah kuman dalam tubuh badan

Sebatian kimia tertentu dalam halia segar dikatakan dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan kuman. Ia juga dikatakan sangat baik untuk menghentikan pertumbuhan bakteria seperti E-coli dan shigella.

Disebabkan sifatnya yang mampu mencegah kuman dalam tubuh badan, ia dapat membantu kita untuk mencegah penyakit yang biasa seperti demam, selesema, batuk.

Jadi, jika anda mengalami tanda-tanda awal demam, selesema atau batuk, maka bolehlah anda gunakan tumbuhan ini sebagai “home remedy” atau rawatan di rumah.

Apa yang anda boleh lakukan ialah mengunyah halia segar atau rendam ia setelah dicincang ke dalam air panas dan minum dua hingga tiga kali sehari sehingga simptom mulai kebah.

Artiker berkaitan: Separuh rakyat Malaysia tidak sedar menghidap diabetes. Ini 10 cara turunkan gula dalam darah

Menguatkan imunisasi tubuh badan

Halia dapat membantu dalam memperbaiki imunisasi dalam tubuh badan. Dengan pengambilan hirisan kecil pada setiap hari, ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul dan tersekat di dalam saluran arteri.

Iklan

Paling penting, terdapat satu kompaun di dalam tumbuhan ini yang dikenali sebagai 6-gingerol.

 

Ia adalah sejenis agen yang mampu mencegah dan membunuh sel kanser. Ia sangat membantu terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.

Selain itu, halia juga bermanfaat untuk;

Iklan
  • Merawat loya dan muntah
  • Mengurangkan berat badan
  • Membantu sistem penghadaman
  • Melegakan kesakitan otot
  • Mengurangkan kesakitan menstrual
  • Mengurangkan pening kepala
  • Memastikan kitaran darah yang normal
  • Menjaga kesihatan oral
  • Melegakan mabuk perjalanan dan mabuk laut
  • Mencantikkan kulit wajah

Halia adalah sejenis herba yang sangat bermanfaat buat kesihatan kita. Bukan itu sahaja, ia juga boleh menaikkan lagi seri wajah kita kerana ia juga sangat bermanfaat buat kecantikan kulit kita. Jadi, apa kata anda mencubanya sekarang?

Akan tetapi, terdapat juga mitos yang mengatakan tumbuhan ini mungkin tidak sesuai diambil oleh sesetengah individu.

Jadi, sebelum mengambilnya, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapat khidmat nasihat dan rawatan dengan lebih lanjut.