JIKA selama ini anda dibelenggu dengan perasaan risau gara-gara bintik hitam pada wajah, Eucerin Spotless Brightening Booster Serum hadir sebagai penyelamat.

Produk berkenaan yang mempunyai thiamidol dan Pro-Brightening System bukan sahaja mampu mengatasi masalah berkenaan hingga 75 peratus dalam masa hanya dua minggu, malah membantu mengekang ia muncul kembali.

Pengarah Perniagaan Derma Malaysia/Singapura, Eucerin Malaysia, Sharon Yeoh berkata, pihaknya amat memahami kehendak wanita pada hari ini yang mengkehendakkan solusi penjagaan kulit berasaskan dermatologi tanpa memerlukan rawatan laser yang biasanya memakan masa dan melibatkan kos yang tinggi.

Justeru, bagi meraikan kejaayan lebih dari 100 tahun dalam inovasi penjagaan kulit, Eucerin memperkenalkan Eucerin Spotless Brightening Booster Serum yang merupakan produk terulung dalam rangkaian Eucerin Spotless Brightening,” katanya.

Mengulas lanjut, Sharon berkata, thiamidol yang telah dipatenkan merupakan bahan eksklusif ciptaan para saintis Eucerin selepas melakukan pelbagai ujian terhadap lebih daripada 50,000 bahan kandungan yang lain.

Thiamidol antara lain berfungsi menyerikan wajah sebanyak 10 kali ganda dan mampu menghalang pengeluaran melanin pada sumbernya, selain mengekang berlakunya hiperpigmentasi.

Para saintis di Eucerin juga menaik taraf serum ini dengan bahan tambahan sistem Pro-Brightening yang berkesan untuk meningkatkan tahap perlindungan daripada kerosakan sel kulit dan mengekang kemunculan semula bintik hitam,” katanya.

Salah seorang pengguna Eucerin Spotless Brightening, Deborah Priya Henry berkata, tugas beliau yang banyak terdedah kepada cahaya mentari yang berlebihan telah menyebabkan muncul bintik hitam pada wajahnya.

“Namun, kini saya bersyukur kerana Eucerin telah membantu dan kesan perubahannya dapat dilihat seawal dua minggu,” kata bekas Miss Malaysia Universe, model dan pengasas bersama pertubuhan bukan kerajaan, Fugee.org.

 

Mengambil kira permintaan pengguna, botol Booster Serum kini dinaik taraf dan hadir dalam pembungkusan ruang mono bagi memudahkan penggunaan selain membaiki kadar kitaran semulanya.

Iklan

Hadir dalam emulsi ringan bertekstur krim, serum berkenaan mampu memberikan emulsi ‘amat ringan’, namun tetap berkhasiat untuk kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Rangkaian Eucerin Spotless Brightening adalah seperti berikut:

Iklan

Spotless Brightening Cleansing Foam 150g (RM59)
Spotless Brightening Day Fluid 50ml (RM149)
Spotless Brightening Night Fluid 50ml (RM169)
Spotless Brightening Booster Serum 30ml (RM209)
Spotless Brightening Spot Corrector 5ml (RM110)
Spotless Brightening Body Lotion 250ml (RM52)


Rangkaian produk Eucerin Spotless Brightening boleh dibeli menerusi platform e-dagang Eucerin di Shopee, Lazada dan Hermo.

Produk tersebut juga boleh dibeli di kedai farmasi termasuk Watsons, Guardian, Aeon Wellness, Caring dan farmasi bebas yang lain.