Hilangkan kedutan, penghidratan dengan segera, Filorga jenama dari Perancis solusi paling berkesan

September 26, 2021
Oleh Lynn Mazlina

FILORGA, salah satu jenama unggul dari Perancis tampil dengan rangkaian produk antipenuaan, Laboratoires Filorga NCEF-REVERSE.

NCEF adalah teknologi unik diilhamkan daripada teknik suntikan yang digunakan di institusi perubatan dengan kesan polyrevitalising yang menakjubkan.

Ia bertindak pada semua tanda penuaan seperti kedutan, cahaya, keseimbangan, liang dan penghidratan.

Filorga dalam satu kenyataan berkata, dengan menggabungkan beberapa teknologi khas NCEF dalam pembuatannya, inovasi baharu itu dapat merawat, menjana semula dan mengaktifkan sel-sel baharu dalam masa 10 hari.

Wajah kulit akan lebih cerah, tegang dan elastik, sementara kedutan dapat dinyahkan," kata Filorga.

Berikut adalah ciri-ciri menarik lain produk tersebut:

-Mempunyai tekstur yang ringan yang menyerap terus ke dalam kulit.

-Mempunyai kepekatan tertinggi yang menyamai satu suntikan meso ke dalam kulit.

-Meningkatkan sel kulit agar berfungsi dengan lebih baik dalam tempoh kurang dua minggu.

Iklan

Sementara itu, Filorga turut melancarkan Laboratoires Filorga Time-Filler Intensive yang merupakan serum paling ampuh untuk melicinkan kerut pada leher dalam masa tujuh hari sahaja.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

 

Iklan

 

Produk yang diilhamkan daripada ekstrak tumbuhan itu turut membantu menghalus dan menggebukan kulit wajah pemakainya.

 

Semua inovasi Filorga boleh didapati menerusi platform e-dagang, Lazada.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

About Lynn Mazlina

Biodata Penulis