INTERMITTENT FASTING atau puasa berselang menjadi amalan sesetengah daripada kita untuk meningkatkan tahap kesihatan.

Kaedah mengatur pola makan ini popular dan diamalkan oleh selebriti seperti Lisa Surihani. Ia banyak memberikan faedah dan kebaikan dalam kehidupan, termasuk penurunan berat badan, membina otot dan peningkatan tenaga.

Puasa berselang adalah teknik menurunkan berat badan yang sangat efektif. Walaupun ia seolah-olah mencabar namun manfaatnya sangat besar apabila korang sudah menyesuaikan diri.

Intermittent fasting turunkan berat badan, cegah pelbagai penyakit. Boleh tingkatkan fungsi otak

Ringkasnya, intermittent fasting (IF) atau berpuasa berselang ini membataskan pengambilan makanan dan minuman korang pada waktu tertentu dalam sehari, yang disebut ‘eating window.’

Ini juga dikenali  sebagai ‘makan waktu terhad.’ Kedua-duanya mempunyai maksud sama namun intermittent fasting lebih memfokuskan pada tempoh puasa yang lebih panjang iaitu lebih daripada 12 jam dan korang tidak boleh mengambil makanan atau minuman yang meningkatkan gula semasa berpuasa.

Kebaikan intermittent fasting

Antara kebaikan berpuasa berselang ini ialah penurunan berat badan, meningkatkan pertumbuhan otot, mengurangkan tekanan emosi, kulit yang lebih bersih dan banyak lagi! Sudah tentu ini semua ini diperolehi sekiranya korang mengikuti cara yang betul.

Semasa melakukan berpuasa berselang, tubuh korang dalam keadaan katabolik di mana badan tidak mempunyai makanan atau sumber tenaga, jadi ia akan memproses sumber tenaga dari lemak berlebihan pada tubuh.

Ini adalah berbeza daripada berada dalam keadaan anabolik iaitu ketika korang mengambil makanan. Badan secara aktif memproses dan memecah nutrien dan lemak dari makanan dan membahagikan sumber tersebut dengan sewajarnya.

Selain itu, terdapat lima lagi manfaat berpuasa berselang ini iaitu;

1. Mengawal paras kolesterol dengan menurunkan kolesterol low-density lipoprotein (LDL) iaitu lemak jahat dan trigliserida. Ini secara tidak langsung akan mengurangi risiko sindrom metabolik seperti penyakit jantung, strok dan diabetes melitus jenis 2.

2. Sensitiviti insulin
Puasa berselang juga terbukti dapat mengembalikan sensitiviti hormon insulin. Hal ini terjadi apabila berkurangnya aktiviti pencernaan sehingga tugas pankreas dalam menghasilkan hormon insulin lebih teratur.

3.Berat badan dan komposisi tubuh
Sudah tidak diragukan lagi bahwa puasa berselang dapat menurunkan berat badan dan meningkatkan komposisi tubuh. Tidak hanya terbukti menurunkan lemak, ia juga memberik kesan terhadap Indeks Jisim Tubuh (BMI). Penurunan BMI terjadi kepada mereka yang melakukan puasa berselang dan ini menghindari mereka dari risiko obesiti.

Iklan

4. Anti radang
Salah satu manfaat puasa berselang ialah ia berupaya menurunkan radang yang mungkin terjadi dalam sistem pencernaan. Tidak hanya itu, ia terbukti meningkatkan sel anti peradangan, imuniti tubuh, mengawal gula dalam darah, meningkatkan penggunaan lemak sebagai sumber energi dan menurunkan tekanan darah.

Ia juga dikatakan memberikan manfaat terhadap fungsi otak di mana fungsi kognitif, pola berfikir dan daya ingatan meningkat.

Baca juga: Cabaran bekerja dari rumah banyak gangguan dan memberi tekanan. Ketahui tips untuk kekal produktif

Bagi yang baru mencuba, seeloknya mulakan dengan berpuasa selang selama 12 jam terlebih dahulu dan lebihkan waktu tidur untuk mengurangkan kesan sampingan berpuasa itu.

Iklan

Setelah seminggu atau lebih berpuasa selama 12 jam itu, secara beransur jadikan 14 hingga 16 jam pada minggu kedua kemudian 18 jam pada minggu ketiga. Tapi pastikan korang jangan terlalu ekstrem, lakukan dengan beransur-ansur!

Kesilapan yang ramai lakukan ialah tidak mengambil makanan yang betul ketika berbuka puasa atau ‘eating window’ ini. Terutama sekali tidak mengawal jumlah kalori termasuklah vitamin, karbohidrat, lemak dan nutrien yang seimbang.

Sekiranya korang serius ingin mendapatkan hasil dengan cara yang sihat, diet harus sempurna. Ini kerana badan korang hanya mempunyai sejumlah waktu untuk makan (eating wondow). Jika waktu itu ‘disumbat’ dengan makanan tidak berkhasiat, makanan yang tinggi gula dan garam, korang tidak akan mendapat faedah daripada ‘intermittent fasting’ ini.

Oleh itu, lakukan ‘intermittent fasting’ atau puasa berselang ini dengan cara yang betul. Korang juga disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pemakanan terlebih dahulu.

Baca juga: Geng diet kembalilah ke pangkal jalan. Buat 5 resipi sarapan pagi berkhasiat dan seimbang