KINI, semakin lama makin ramai yang ‘terperangkap’ dalam penyakit mental.

Jika anda sudah mula merasakan tekanan atau stres melampau diikuti pula dengan resah dan gelisah tanpa sebab, perhatikan semula pemakanan harian yang dimakan.

Berikut tujuh asas pemilihan diet pemakanan menurut pakar dietetik, Siti Amirah Shalihin.

1. Sumber makanan karbohidrat diproses.

Dalam sehari berapa kali ambil? Contoh paling nyata adalah gula putih, dalam susu pekat, dalam kuih-muih, dalam air manis dan dalam kopi 3 in 1.

“Kita cuma dibenarkan tiga sudu teh hingga lima sudu teh gula sahaja sehari.

“Kalau kita terbiasa dengan cereals berperisa, susu berperisa, yogurt berperisa, apatah lagi kuih-muih dan makanan proses walaupun tanpa rasa manis dekat lidah, sedar-sedar sudah melebihi keperluan,” pesan Siti Amirah.

2. Nasi.

Adakah sekali makan sepenumbuk tangan? Tahukah anda nasi yang berlebihan, kombinasi kurang sayur antara faktor makanan tinggi glycemic load.

Kajian menunjukkan apabila diet pemakanan kita tinggi dengan glycemic load (karbohidrat berlebihan), hormon akan terganggu.

Mudah rasa lapar, mudah terganggu dan berkait rapat dengan simptom seperti depressive walaupun kita sihat!

3. Makanan tinggi lemak trans dan lemak tepu

Terutamanya kepada mereka kalau suka makan kek dan makanan bergoreng.

“Hari-hari pulak tu.

“Ini antara punca keradangan dalam badan. Keradangan berkait rapat dengan kurangnya sistem imunisasi yang akan meninggikan risiko kepada kegelisahan,” ujarnya.

Artikel berkaitan: Tidur tak cukup punca badan cepat gemuk

4. Semak pengambilan serat.

Cukup atau tidak separuh sayuran setiap kali makan?

Bakteria dalam perut sangat mempengaruhi kesihatan mental. Sumber sayur-sayuran dan ulam-ulaman penting untuk kekalkan kesihatan perut.

Iklan

Ada satu kajian, bakteria dalam perut orang yang mengalami depresi diberi kepada tikus. Tikus tersebut kemudiannya juga menunjukkan simptom yang sama.

5. Pemanis tiruan.

Pemanis tiruan yang ada di pasaran adalah selamat. Pilihan lebih baik untuk sesiapa yang ketagihan gula.

Namun, jika anda antara individu yang mengalami kegelisahan dan simptom kemurungan atau depresi, cuba elakkan.

6. Omega-3 fatty acid.

Tak perlu suplemen sebaliknya variasikan sumber terutama daripada ikan, kekacang, chia seeds, minyak canola dan telur yang kaya dengan omega-3.

Iklan

Omega-3 bantu pencegahan penghasilan cytokine yang menyumbang kepada depression tau!

7. Air.

Cukupkan sekurangnya dua liter air sehari jika anda sihat tanpa masalah jantung, paru-paru atau buah pinggang. Sekiranya cuaca panas atau aktif, lebihkan lagi.

Air yang kurang mengakibatkan prestasi otak berkurang dan mudah lesu. Pastikan badan kekal hidrasi setiap hari.

“Semak yang asas dahulu. Sekiranya anda mengalami depresi dan kegelisahan yang melampau segeralah dapatkan nasihat doktor dan pakar.

“Pemakanan adalah sebahagian daripada usaha untuk mengelakkan dan mengekalkan kesihatan mental,” pesannya.