Jus pegaga tingkatkan rasa segar pada otak! Boleh cuba

Jus pegaga tingkatkan rasa segar pada otak! Boleh cuba
March 16, 2021
Oleh Faezah Muda

BILA sebut sahaja pegaga, sudah terbayang-bayang daunnya yang berbentuk bulat dan tumbuh merata kan?

Rupanya tumbuhan yang bernama Saintifik Centella Asiatica sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah memberi impak besar kepada kecantikan seseorang.

Menurut Dr Rizal Abu Bakar, salah satu daripada khasiatnya adalah meningkatkan rasa segar pada otak.

"Anak-anak letihkan balik sekolah. Kita pun sama letih apabila pulang kerja. Apa kata buatkan jus pegaga untuk anak-anak.

"Jus pegaga ini tingkatkan rasa segar pada otak. Mengikut kajian, pegaga ini dapat 'enhance' memori. Bagus sangat. Boleh elak daripada terkena penyakit Alzheimer. Ia bertindak dengan halang sel dari toksid.

"Selain itu, manfaat lain pegaga ialah ia bersifat anti anxiety dan anti depressant menurut kajian dalam Malaysian Journal of Medical Sciences tahun 2016.

"Nak buat pun mudah. Saya biasanya cuba buat paling kurang seminggu sekali," kongsinya di Facebook.

Jus pegaga tingkatkan rasa segar pada otak! Boleh cuba

Boleh ikut cara ini;

1. Ambil seikat pegaga. Basuh. Bersihkan.

Iklan

2. Masukkan ke dalam pengisar.

3. Masukkan air. Ikut kepekatan mana yang kita mahu.

Iklan

Baca juga Patutlah tular! Resipi sambal hitam ekspress Dr Kamarul dikongsi 14 ribu warganet

4. Kisar.

5. Campurkan dengan madu atau gula kelapa.

6. Tapis dan hidangkan. Kalau nak sejuk masukkan dalam peti ais. Mudah dan cepat.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.