(Video) Ini caranya tip 'ikat' Janda Berhias

kain samping
September 30, 2020
Oleh Izyan Liyana

DALAM masyarakat Melayu istilah Janda Berhias, lazimnya merujuk pada situasi seorang wanita yang bercerai mati ataupun hidup tanpa sempat disentuh suami.

Pun begitu, istilah tersebut nampaknya bukan sahaja digunakan untuk 'mengambarkan' status wanita, malah turut diterapkan dalam proses ikatan kain samping jejaka Melayu.

Tak percaya? Cuba korang singgah laman sosial Twitter, Mohammad Faeez Harith yang menggunakan akaun @H_Bakkaniy. Menerusi posting baru-baru ini beliau berkongsi sebuah video pendek memaparkan teknik ikatan kain samping yang diberi nama, Janda Berhias.

Dalam video berdurasi 34 saat tersebut Mohammad Faeez Harith menunjukkan cara-cara mengikat kain samping Janda Berhias yang mudah dipraktikkan kaum Adam.

Iklan
kain samping
SELAIN pelbagai jenis ikatan kain samping pemilik akaun @H_Bakkaniy juga sentiasa berkongsi ilmu mengenai destar, keris dan pakaian jejaka yang digayakan pada zaman dahulu kala.

Selain digayakan ketika menghadiri majlis perkahwinan, teknik lilitan kain samping berkenaan juga sesuai untuk majlis formal bertemakan kepahlawan Melayu.

Di samping itu, menerusi posting sama pemilik akaun terbabit juga berkongsi ciapan menjawab soalan pengikut yang keliru ejaan sebenar sama ada kain sampin atau kain samping.

Iklan

Tulis beliau beserta tangkap layar (screenshot) foto daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu: "Samping, bukan sampin. Namanya samping kerana dua sebab. Pertama, sifatnya sebagai kain sampingan (lebihan) yang tidak dikira sebagai pakaian utama

"Kedudukan pemakaiannya yang berada di samping tubuh,tidak terus menyentuh tubuh seperti baju, seluar, kain sarung dan sebagainya.