SETIAP tahun kita sering menantikan konsep apakah yang akan diketengahkan oleh Miss Universe Malaysia untuk ke acara peringkat antarabangsa.

Semestinya sentuhan klasik atau konsep yang mencerminkan identiti negara sering menjadi elemen utama dalam setiap busana yang dihasilkan.

Pendek kata, ia perlu melambangkan Malaysia yang memiliki pelbagai latar belakang budaya dengan masyarakat berbilang kaum.

Terbaharu, Miss Universe Malaysia, Francisca Luhong James akan mewakili negara ke acara Miss Universe di Florida, Amerika Syarikat pada pertengahan Mei depan.

Memperagakan busana rekaan Carven Ong, pakaian beserta replika rumah seberat 45 kilogram itu mengangkat tema Kampungku.

Kata saja apa yang dinginkan, atap rumbia, ayam, pokok kelapa, tikar mengkuang, bunga raya, semuanya ada pada rekaan tersebut.

Nilai nostalgia itu sekali gus membuatkan ingatan warganet mengimbau keindahan kampung halaman masing-masing.

Apatah lagi pada kita yang tidak boleh merentas negeri akibat penuralan wabak Covid-19.

Iklan

Menarik mengenai kostum itu, ia memiliki dua bahagian berbeza iaitu depan dan belakang.

Pada awalnya, Francisca akan mempamerkan bahagian yang memiliki rona monokrom sebagai simbolik kepada lukisan rumah Melayu lama.

Kemudian dia akan menyalin pakaian sebelum kostum tersebut berputar bagi mempamerkan bahagian rumah Melayu berwarna.

Iklan

Menerusi penelitian SinarPlus, rata-rata warganet berbangga dengan wanita berusia 25 tahun itu selain mengharapkan dia mampu membawa kejayaan kepada negara.

Berikut antara komen warganet;