SETIAP malam sebelum menuju ke kamar untuk tidur, Zetty Mohd, 34, akan meluangkan masa antara 15 hingga 20 minit di dapur.

Tujuan ibu kepada dua cahaya mata itu berada di sana bukan memasak, sebaliknya menyediakan air detoks campuran buah dan sayur pilihan.

Jari-jemarinya mula memotong tiga biji buah strawberi dan sebiji kiwi berbentuk kiub kecil bagi memudahkan ia disimpan di dalam botol minuman.

Kemudian, Zetty memasukkan pula air putih dan empat helai daun pudina sebelum botol tersebut disimpan di dalam peti sejuk untuk semalaman.

Pada sebelah siang, sebelum keluar bekerja beliau akan membawa minuman detoks itu bersama sebagai pengganti minuman manis seperti kopi dan teh.

air detoks
MINUMAN campuran buah dan sayur-sayuran membantu mengelakkan diri daripada menikmati air yang mengandungi gula tinggi.

Difahamkan, kombinasi buah strawberi, kiwi dan daun pudina bukan sahaja baik untuk kecantikan kulit dan membantu melancarkan sistem penghadaman.

Bahkan, ia juga membantu mengeluarkan toksin, sekali gus melawan radikal bebas.

Artikel berkaitanJus buah, makanan tanpa garam elak mood lesu ketika bekerja

Perkara sama turut dinyatakan oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Minum air mengandungi campuran buah-buahan dan sayur-sayuran adalah pilihan terbaik bagi menggantikan minuman manis.

“Bagaimanapun, jika tujuan detoks untuk menurunkan berat badan, maka ia bukanlah pilihan terbaik,” jelas Bahagian Pemakanan KKM menerusi satu posting yang dimuat naik baru-baru ini.

Iklan
air detoks
INDIVIDU dinasihatkan bergantung pada minuman detoks semata-mata untuk menurunkan berat badan.

Mengulas lanjut, pihaknya turut memaklumkan bahawa tubuh badan kita dicipta dengan fungsi ajaib untuk mengeluarkan toksin secara semula jadi tanpa memerlukan bantuan air detoks.

“Tiada jalan singkat bagi proses menurunkan berat badan, selain mengawal pengambilan kalori harian,” jelasnya lagi.

air detoks
BAHAGIAN Pemakanan KKM berkongsi badan manusia dicipta dengan fungsi ajaib mengeluarkan toksin secara semula jadi tanpa memerlukan bantuan air detoks.

Resipi air detoks
Bahan-bahan:
– 3 biji buah kiwi
– 7 biji buah strawberi
– 8 helai daun pudina
– botol minuman
– air putih

Iklan

Artikel berkaitan5 jenis buah-buahan yang perlu dielakkan, jika ingin diet betul

strawberiCara penyediaan:
– Hiris buah kiwi dan strawberi dalam bentuk kuib.
– Kemudian, masukkan buah-buahan itu ke dalam botol minuman pilihan.
– Seterusnya, tambahkan air putih dan helaian daun pudina.
– Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
– Siap untuk diminum.

pudinaSumber: Canva