DAUN pandan terkenal dengan aroma khasnya. Daun hijau ini sering digunakan sebagai tambahan dalam masakan untuk memperkayakan rasa.

Bukan hanya itu, daun pandan juga mengandungi pelbagai zat yang bermanfaat untuk kesihatan kulit, korang kena tahu ni!

1. Cegah penuaan kulit muka

Salah satu cara untuk mencegah penuaan adalah dengan menggunakan masker yang terbuat daripada daun pandan semula jadi.

Daun pandan diketahui mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Berkat sebatian ini, daun hijau dapat membantu menangkis kesan buruk radikal bebas sehingga penuaan dapat dielakkan.

2. Menurunkan risiko kanser kulit

Kandungan antioksidan pada daun pandan yang disebut flavonoid dianggap dapat mengurangi risiko barah kulit.

3. Mencegah kulit terbakar cahaya matahari

Daun pandan berkesan dapat mencegah terbakar sinar matahari pada kulit.

Manfaat daun pandan untuk kulit yang satu ini berkaitan dengan kesan penghidratan yang dihasilkannya, sehingga dapat menjaga kelembapan kulit.

Untuk meraih manfaat ini, korang boleh menggunakan produk penjagaan badan yang mengandungi ekstrak daun pandan secara teratur.

4. Menjaga kelembapan kulit

Kerana mengandung banyak air, daun pandan juga dapat menjaga kulit agar tetap terhidrasi.

Kita dapat merasakan kelebihan daun pandan untuk kulit dengan lebih optimum apabila digabungkan dengan keperluan cairan harian yang mencukupi dan penggunaan losyen badan secara berkala.

Kecilkan pori wajah, daun pandan banyak manfaat untuk kulit!

5. Rawatan jerawat

Berkat kandungan antioksidan dan sebatian lain, daun pandan juga dapat digunakan untuk merawat jerawat.

Cara menggunakannya adalah dengan membuat tmasker daun pandan untuk kulit.

Iklan

Boleh mencampurkan daun pandan dengan bahan-bahan lain, seperti lemon, madu, tomato, dan lain-lain.

6. Kecilkan pori wajah

Daun pandan dicampur dengan kuning telur yang dijadikan masker juga dapat membantu mengecilkan pori-pori pada wajah.

Dengan khasiatnya, risiko mengalami jerawat dapat dikurangkan.

Baca juga Daripada saiz XXL ke M, Melly Goeslaw kongsi rahsia diet tanpa guna sebarang produk

Iklan

7. Mengurangkan garisan gelap di bawah mata

Daun pandan mengandungi banyak vitamin dan kaya dengan antioksidan. Oleh itu, daun ini dapat digunakan untuk mengurangkan garis hitam di bawah mata.

Sekiranya tidak mahu bersusah payah untuk membuat sendiri, korang boleh menggunakan serum atau krim mata yang terbuat daripada daun pandan.

Gunakan secara teratur dan sesuai dengan peraturan, agar manfaatnya dapat dirasakan dengan lebih optimum.

Semoga bermanfaat!

Sumber: klikdokter